Saturday, December 29, 2012

RAHSIA HUDUD PAS YANG KITA SEMUA PERLU TAHU!!



Isu hudud yang telah lama disimpan oleh PAS kerana takutkan DAP tiba-tiba terlepas semula, gara-gara kenyataan Pok Nik berpuncanya dari bilangan pesakit Aids yang paling tinggi di Malaysia di catatkan di negeri Kelantan.

Pok Nik salahkan Tun Dr Mahathir kerana tidak dapat melaksanakan hudud di Kelantan. Katanya jika ditanya oleh Allah S.W.T kenapa tidak laksanakan hudud , dia akan jawab kerana Tun Dr Mahathir tak benarkan.

Peliknya, Pok Nik sering menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh dalam usaha dia mengembangkan politik PAS. Malah sampai satu tahap untuk menghalalkan dia mencarut satu masa dulu, dia kata Nabi S.A.W pun mencarut. Astagfirullah Hal'azim...

Nabi Muhammad S.A.W menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam usaha menyebarkan syiar Islam. Pernahkah korang semua dengar dari mana-mana ustaz atau mana-mana hadis yang mengatakan Baginda S.A.W putus asa dan mengambil jalan mudah dengan menyalahkan Abu Lahab atau Abu Jahal sebagai halangan untuk Baginda S.A.W menyebarkan Islam sekiranya ditanya Allah S.W.T? Ada tak??

Untuk pengetahuan kita semua, Baginda S.A.W tidak pernah putus asa dalam menyebarkan syiar Islam. Pelbagai rintangan yang Baginda S.A.W hadapi dalam usaha mengembangkan Islam. Sirah Nabi S.A.W ini juga diajar ketika di sekolah lagi kan.

Pok Nik baru sekali hadapi rintangan dalam usaha untuk menjalankan hukum hudud, terus kecewa dan akan jawab dengan Allah itu salah Tun Dr Mahathir. Pok Nik takutkan Tun M dari takutkan Allah S.W.T, ulama' apa macam ni. Kita semua pun tahu Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya.

Daripada dulu lagi kita dah kata, PAS tidak pernah serius untuk jalankan hudud. Hudud hanya dieksploitasi oleh mereka untuk keuntungan politik.

Sekiranya PAS benar-benar serius untuk laksanakan hudud sila bawa usul ke Parlimen agar Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan undang-undang jenayah dipinda bagi membolehkan kuasa diturunkan kepada negeri-negeri.

Pada masa sekarang kuasa yang melibatkan undang-undang jenayah terletak di bawah Kerajaan Persekutuan. Belum ada mana-mana negeri yang mempunyai kuasa tersebut di negara ini. Negeri-negeri hanya ada kuasa melibatkan syariah. Manakala hudud pula ada melibatkan jenayah seperti mencuri, merompak, bunuh dan jenayah-jenayah lain.

Setakat DUN Kelantan yang meluluskan hudud ianya tidak membawa apa-apa makna selagi Perlembagaan Persekutuan tidak dipinda untuk memberi kuasa kepada negeri menjalankan sendiri undang-undang jenayah.

Cara yang betul adalah selepas diluluskan oleh DUN Kelantan , Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dari PAS perlu mengemukakan usul kepada Parlimen agar Perlembagaan Persekutuan dipinda. Pernahkah korang semua dengar atau lihat ahli-ahli Dewan Rakyat dan Negara dari PAS bawa usul berkenaan dalam Parlimen ?

Apa yang PAS Kelantan lakukan dulu adalah mereka serahkan draf yang telah diluluskan oleh DUN Kelantan kepada Tun Dr Mahathir. Sudah tentulah jawabnya tak boleh dan kena tolak. Bukannya Tun Dr Mahathir yang ada kuasa mutlak untuk meluluskannya. Ianya kuasa ahli-ahli Dewan Rakyat dan Negara kerana melibatkan Perlembagaan Persekutuan.

Jika ianya tidak melibatkan kuasa ahli-ahli dewan, sudah tentulah hudud yang digubal oleh PAS di peringkat negeri Kelantan tidak perlu diluluskan di DUN Kelantan. Di peringkat negeri pun Nik Aziz tak boleh pakai kuasa dia seorang diri nak luluskan hudud sehingga terpaksa bawa ke dalam DUN, begitulah juga diperingkat persekutuan, bukannya kuasa PM seorang diri.

Sebab itu kita kata PAS tidak serius untuk laksanakan hudud. Cara yang dia buat pun dah tak betul kerana dia mahu perkara itu ditolak dan akhirnya dapatlah dijadikan modal politik mereka.

Sekarang jika PAS benar-benar serius untuk laksanakan hudud sila minta ahli-ahli parlimen mereka bawa usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan undang-undang jenayah supaya kuasa tersebut diberikan kepada Kerajaan Kelantan.

PAS ada lebih 20 orang ahli mereka dalam Dewan Rakyat termasuklah presiden dan dua orang naib presiden mereka yang boleh bawa usul berkenaan. Jangan asyik memalu tong kosong di luar sini, masuk dalam dewan dan buktikan keseriusan untuk laksanakan hudud.

Percayalah, jika Nabi S.A.W punya fikiran seperti Nik Aziz tu, nescaya Islam tidak akan berkembang ke seluruh pelusuk nusantara seperti hari ini dan tentunya sehingga hari ini Nik Aziz masih lagi beragama Hindu. Fikir-fikirkanlah....


GR kata: Islam perlu pelihara kerana di situlah kejayaan dunia dan akhirat.

5 comments:

  1. sebagai seorang muslim, adakah anda sebagai pemilik blog ini:

    1. akan memerima perlaksanaaan Hudud ini dan bersetuju bahawa Hudud adalah hukum yang sempurna dari perintah Allah;

    2. menyokong hudud dilaksanakan di Malaysia sebagai menggantikan hukum warisan penjajah;

    3. Membantu melaksanaakan hukum Hudud ini, walau dengan apa cara sekalipun;

    4. Bersetuju bahawa menolak hukum Hudud ini boleh menjejaskankan akidah dan syahadah seorang muslim?

    Semoga setiap jawapan menjamin iman dan akidah kita sebagai muslim

    Jay Joy Jang

    ReplyDelete
  2. Salam. Apa yang u cakap ni.? Nak laksana Hudud camna? Ada orang Islam nak suruh SUMPAH LAKNAT pun tak sanggup ini kan pula nak ada undang2 Hudud. Ada juga Tok Guru dan Menantu nya yang dituduh secara Umum nya menerima rasuah ditaja naik Haji dgn pakej yang mahal pun tak berani nak menafikan secara Islam dengan Sumpah secara Islam bahawa tuduhan itu fitnah.. Menafikan secara gitu2 sj siapapun boleh. Walaupun diclearkan oleh SPRM didunia tapi Pendakwa diAkhirat belum Tentu Lagi. Tunggu......

    ReplyDelete
  3. Mcm mana sumpah secara Islam? Cara umno aku nmpak la.

    ReplyDelete
  4. Pelik betul aku dgn org yg taksub pas ni. Coba ko bg tau mcm mana sumpah umno & mcm mana pula sumpah pas yg ko agungkan tu??? Di Malaysia ni, Islam berpecah kerana taksub politik. Mmg benar Islam perlu dlm pemerintahan. Tp yg 1 pihak tu perjuangkan demi kepartiannya sahaja bkn perjuang sebenar2 Islam. Kalo betoi perjuang Islam, kenapa tiadanya perpaduan antara umno & pas yg mana dlm parti ni majoritinya Islam??? Siapa yg lantang tentang perpaduan antara umno dgn pas yg diusulkan oleh presiden pas?? Tidak terfikirkah kamu yg kita sepatutnya bergabung utk agama bkn utk parti atau kuasa??

    ReplyDelete
  5. tny diorg nie, mana lg best sorga dalam Islam ke sorga neek najiees?
    tny diorg nie, pernah mana2 Muslim kt dunia nie samakan Nabi Muhammad mcm mat2 kampung? sama taraf ker Nabi dgn mat2 kampung?
    tny diorg, pernah x dalam Al-Quran atau pandangan Ulama terkemuka dunia bgtau boleh kawan dengan setan? boleh terima bantuan setan? neek najiees jer yg boleh, ke dia tue tau dia perangai mcm setan?

    Nie baru sikit jer list psl kekutukan neek najiees...lu tny pencacai parti ajaran sesat nie..soh diorg jawab dulu..

    ReplyDelete