Thursday, December 13, 2012

MASYARAKAT INDIA DIBAYAR ANWAR UNTUK BUAT KERJA TAK GUNA OTAK!!


Makin naik menyampah dengan meyirap darah bila ada saja sentiment murahan yang cuba dihidupkan oleh Anwar Ibrahim demi mencapai cita-cita beliau ingin menakluk Putrajaya. Dari satu hal ke satu hal tapi masih ada rakyat tidak boleh berfikir bahawa mereka hanya diperkudakan saja oleh Pakatan Haprak.

Jangan disebabkan bayaran yang ciput korang boleh buat apa saja dan sanggup menghina Kerajaan yang selama ini banyak membantu rakyat dan pembangunan negara yang lebih baik untuk masa depan kita bersama. Kita lihat apa yang Pakatan Haprak buat hanyalah untuk menimbulkan rasa benci rakyat pada Kerajaan. Sikit-sikit demo...perangai seperti manusia yang tak ada otak untuk berfikir secara matang.

GR yakin ini adalah TRAINING yang dibuat oleh Anwar pada rakyat yang masih taksub dengan beliau kerana bila tiba PRU 13 nanti, CONFIRM pepecahan kaum akan berlaku dengan lebih dahsyat lagi. Yang sedap dia duduk senang lenang, yang susah payah bergodok gadai rakyat lah. Fikirkan yer jangan menyesal suatu hari nanti....


Apa yang dibuat oleh Pakatan Haprak semalam adalah satu penghinaan yang teramat sangat kepada YAB Perdana Menteri dan juga Kerajaan. Rata-rata mereka yang datang masyarakat India yang DIBAYAR dan hakikat sebenar mereka tidak faham secara mendalam Proses Pemastautin Tetap untuk mendapat warganegara yang sah di Malaysia.

Ada yang GR tanya semalam mereka yang hadir pun tak tahu apa kad pengenalan merah dan biru. Mereka juga telah melalui proses permohonan yang telah ditetapkan oleh Jab. Pendaftaran Negara tapi masih ditolak. Ini disebabkan beberapa sebab permohonan mereka ditolak dan sudah semestinya pihak Kerajaan memantau perkara ini dan kita seharusnya tidak sewenang-wenangnya memberikan kerakyataan pada sesiapa saja.



Apa yang kita lihat gambar di atas, adakah Kerajaan tidak membantu masyarakat India ini yang rata-rata dari estet-estet? Melalui surat sokongan KDN sendiri telah mereka terima dan permohonan yang masih ditolak masih ada jalan penyelesaian. Bukan bererti minta sekali terus dapat yer wahai aney-aney semua. Pada masyarakat India GR ingin sarankan janganlah gadaikan maruah anda dengan pengaruh dari Anwar dan kuncu-kuncunya. Masih ingat apa yang terjadi dengan masyarakat India di Kg Buah Pala tak? Meh lihat video di bawah, GR ingin ingatkan kembali 'Janji Manis' Anwar :



Harus diingat, pihak Kerajaan sentiasa memberikan yang terbaik untuk semua lapisan masyarakat di Malaysia tidak mengira kaum. Masyarakat India juga mendapat layanan yang sama rata dengan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat berbilang kaum telah membawa banyak hasil positif kepada masyarakat India di negara ini.

Inisiatif seperti Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA), Menu Rakyat IMalaysia (MR1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M) dan peruntukan untuk sekolah Tamil serta kuil Hindu mendapat sambutan yang amat baik daripada majoriti masyarakat itu. Nak tahu lebih lanjut BACA DI SINI

GR mohon pihak berkuasa dan Menteri Dalam Negeri ambil tindakan yang keras terhadap mereka yang menghuru-harakan Putrajaya semalam. Demo yang tidak mendapat permit, mengganggu ketenteraman awam di kawasan JPN yang rata-rata orang ramai yang datang untuk urusan mereka seperti permohonan surat beranak, kad pengenalan dan sebagainya, mereka merungut dan bimbang akan keselamatan mereka terjamin atau tidak hidup di Malaysia yang selama ini aman damai. Jangan takut ambil tindakan tegas pada mereka, jangan bagi muka lagi pada Anwar dan kuncu-kuncunya....lihatlah sendiri apa jadi dengan rakyat Malaysia sekarang? Fikir dan buat jangan nasihat yer Pak Menteri KDN!!!


GR kata: Apa Rafizi Ramli buat lama-lama di Korea yer?? Jeng jeng jeng....tunggu pendedahannya nanti!!!

No comments:

Post a Comment