Saturday, December 8, 2012

HAPPY BIRTHDAY LGE! LU SUDAH KENA BRO SAMA ORANG SENDIRI!!


Semakin hari kita ditunjukkan dengan ketidak telusan pentadbiran Pakatan Haprak di negeri-negeri yang mereka pegang. Hari ini hari ulangtahun ke-52 Lim Guan Eng. Rakyat P.Pinang sememang berbangga mempunyai pemimpin rakus seperti beliau. Tapi itu semua indah khabar dari rupa.

Ini jelas terbukti bukan hanya rakyat P.Pinang yang sudah benci dan muak dengan pentadbiran DAP di P.Pinang tapi dalam geng pakatan sendiri mereka sudah tidak 'sebulu' dengan geng mereka sendiri. Apa sudah jadi sebenarnya? Tak paham-paham lagi ker? Tapi GR yakin itu hanyalah 'wayang kulit' mereka saja yang dari segi hakikat PAS tidak berani bersuara dalam semua hal kerana takut kehilangan kerusi dalam PRU 13 nanti.

PULAU PINANG 7 Dis. - Sempena hari jadi yang ke-52 esok, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dihadiahkan dengan sebiji kek bersalut krim putih di bahagian luar manakala di dalamnya berwarna hitam.

Ia sebagai simbolik terhadap pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang yang dilihat hanya indah khabar dari rupa. Ahli PAS Tanjung, Arif Ibrahim yang menghadiahkan kek tersebut berkata, orang luar mungkin melihat negeri ini seronok untuk didiami tetapi pada hakikat rakyatnya hidup menderita.

"DAP dan sekutunya dalam pembangkang terlalu ingin mengejar Putrajaya sehinggakan rakyat seolah-olah terabai. Sepatutnya apabila sudah diberi mandat oleh rakyat, mereka harus melaksanakan tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan dengan baik.

"Sepanjang mentadbir negeri ini, mana rumah mampu milik untuk rakyat? Guan Eng sering mencanang mereka lebih baik daripada Barisan Nasional (BN) tetapi semasa era BN dulu, mereka ada bangunkan projek perumahan rakyat (PPR) sedangkan DAP langsung tiada," katanya selepas menyerahkan kek berkenaan kepada Pembantu Khas Ketua Menteri, Ong See Fook di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini.

Tambah Arif, biarpun beliau bukan penyokong BN tetapi daripada pengamatan sebagai rakyat, pendekatan yang digunakan BN adalah lebih baik dalam usaha membangunkan negeri ini.

Selain itu, katanya, pelbagai isu yang timbul gagal dijelaskan oleh Guan Eng seperti Taman Manggis, Bayan Baru, rumah mampu milik, akidah generasi muda terutama orang Islam, kualiti hidup rakyat dan peluang pekerjaan.

"Sepatutnya sebagai kerajaan bertanggungjawab, Guan Eng menyelesaikan isu-isu berkenaan dan bukan sering mengelak.

"Guan Eng juga dilihat terlalu keras hati dan sukar untuk memohon maaf sekiranya melakukan kesilapan, sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah memohon maaf kepada rakyat atas kesilapan yang pernah dilakukan," katanya.


GR kata: PAS doakan apa yer untuk Cina DAP ni?? Takkan tak der kot. Hi hi hi

3 comments:

  1. Apa kata PAS keluar dari pakatan .. jalan solo .. lagi bermaruah beb ....

    ReplyDelete
  2. Salam bro... Hebat blog bro... Mohon dapat dilinkkan blog teman ke blog bro... http://kamuntingcentral.blogspot.com/ TQ bro..

    ReplyDelete
  3. wasalam Kamunting Central. saya sudah pautkan. :)

    ReplyDelete