Wednesday, December 12, 2012

APE LAH MALANG NASIB ARTIS VETERAN NIE??


Nasib apa yang menimpa artis veteran ini Datuk Yahya Sulong? Sebenarnya apa yang GR ingin maklumkan di sini dalam peribahasa menyebut "Lembu punya susu, sapi dapat nama"...Memang kenala kan dengan puak Pakatan Haprak ni.

Semalam heboh di media cetak dan alam maya cerita kononnya artis veteran ini "DIHALAU" keluar dari rumah PPR yang beliau duduk sekarang. Benarkah cerita ini? Setahu GR tiada dalam sejarah DBKL menghalau terus penghuni yang tidak boleh membayar sewa beli rumah tersebut. Masih ada budi bicara yang membantu rakyat dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Dalam hal ini, barulah muncul Ahli Parlimen Batu YB Tian Chua yang kita tahu sejak dari beliau diberikan mandat oleh rakyat Batu menjadi wakil rakyat mereka tiada sebarang bantuan diberikan apatah lagi pembangunan untuk rakyat khususnya di Parlimen Batu.

Bila hal yang sebegini terjadi yang beliau dan pencacai Pakatan ni tak tau perkara sebenar, barulah nak berdesup laju turun padang berjumpa dengan rakyat. Kononnya nak menjadi "Hero" bahawa Pakatan Haprak sentiasa membela nasib rakyat.


Hari ini isteri kepada Datuk Yahya Sulong menjelaskan mereka tidak dihalau. Malah masalah mereka telah pun diselesaikan oleh pihak DBKL. Perkara ini tak pula nak heboh-heboh macam pencacai-pencacai ni buat.

KUALA LUMPUR - Isteri Datuk Yahya Sulong, Datin Alisah Ali menafikan mereka dihalau keluar dari rumahnya di Flat Bandar Baru Sentul oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana gagal melunaskan sewa rumah sejak lapan bulan lalu.

Alisah (gambar kecil), 65, yang dihubungi Kosmo! semalam memberitahu, beliau tidak tahu bagaimana cerita mereka dihalau keluar dari rumah itu timbul.

"Bohong. DBKL tidak pernah halau saya walaupun saya dan suami gagal membayar sewa sebanyak RM800," tegasnya.

Sebuah laman portal semalam menyiarkan kononnya Alisah serta Yahya gagal membayar tunggakan sewa rumah selama lapan bulan sebanyak RM800 dan mereka telah diarahkan DBKL agar mengosongkan rumah mereka di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.

So..pada blogger Omak Kau yang terang-terang pemikiran macam lembu, sebelum nak beritahu rakyat kaji dulu. Jangan ikut perangai boss korang Anwar dan kuncu-kuncunya...makanan harian depa tipu rakyat dan fitnah sana sini. Jangan tiba-tiba kena panah petir tiba-tiba baru lah nak sedar dan insaf balasan dari Allah S.W.T!!

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Datuk Yahya Sulong sentiasa mendapat bantuan dari UMNO/BN bahagian Batu. Tapi perkara yang baik ini tidak diheboh-hebohkan oleh pihak berkenaan dan rakyat yang bijak saja pandai menilai usaha yang baik ini. Tangan kanan yang memberi tangan kiri tak tau pun. Betul tak?

Pada pencacai Pakatan pula, kalau nak bantu rakyat...bantulah sehabis baik. Jangan sibuk nak ambil publisiti murahan hasil dari kerja orang yang sibuk buat kerja. Ada faham ka??


GR kata: Pelbagai bantuan Kerajaan berikan pada golongan artis nie...tapi tak der pun kecoh-kecohkan!!

No comments:

Post a Comment