Sunday, December 9, 2012

ANWAR #TaburJanji, PM @NajibRazak #TunaiJanji! RAKYAT SABAH HARUS BIJAK MENILAI!!

Sokongan rakyat pada Pakatan Haprak semakin pudar atau lebih senang hilang kepercayaan mereka pada Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya. Apa yang GR lihat sekarang rakyat sudah bijak menilai dan mahukan masa depan mereka lebih terjamin.

Jika dilihat dalam siri jelajah Anwar di merata-rata tempat jumlah kehadiran sangat teruk. Tahniah pada rakyat yang memberikan 'signal' yang sangat baik.

Dalam pada itu Anwar cuba untuk merosakkan pemikiran rakyat di Sabah. Ini kerana beliau sudah tak ada 'power' lagi di Semenanjung Malaysia. Sekarang beliau cuba untuk menabur janji dan fitnah di Sabah.

Rakyat Sabah dinasihatkan jangan terpengaruh dengan propaganda pakatan pembangkang kononnya mereka mampu menggugat kedudukan Barisan Nasional (BN) di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Veteran UMNO, Tan Sri Syed Hamid Albar menyifatkan propaganda yang sering dicanangkan pemimpin-pemimpin pembangkang itu sebagai taktik murahan untuk mengalih pandangan rakyat daripada kelemahan mereka.

"Berdasarkan pemerhatian saya, kedudukan UMNO Sabah ketika ini adalah mantap, perpaduan ahli-ahlinya dalam keadaan baik dan mereka tahu cabaran yang dihadapi.

"Walau apa pun yang diumumkan pembangkang, insya-Allah, saya percaya BN akan mencapai kejayaan cemerlang di Sabah," kata Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi itu ketika melawat bilik operasi media pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang baru berakhir beberapa minggu yang lepas.

GR kata: 1Malaysia Tolak Fitnah

No comments:

Post a Comment