Thursday, December 13, 2012

ANWAR MENANGIS TAK BERLAGU BILA MAHASISWA SOKONG PM @NajibRazak!!


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan secara berperingkat 100 pusat Outreach 1Malaysia For Youth (1M4U) di semua institusi pengajian tinggi tempatan mulai tahun depan.

Menurut Perdana Menteri, setiap pusat akan menerima sumbangan geran RM5,000 untuk menggerakkan aktiviti sukarelawan dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya generasi muda.

"Kita akan menganugerahkan Tokoh Sukarelawan kepada individu yang aktif mengerakkan aktiviti sukarelawan dan juga pusat Outreach itu sendiri," katanya.

Beliau berucap dalam Majlis Meraikan Pemenang Pertandingan My Uni Rock di sini hari ini. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif 1M4U, Dr. Jake Abdullah.

Pada majlis itu, Najib turut menurunkan tandatangan pada sebuah gitar yang mempunyai lambang Jalur Gemilang. Dalam ucapannya itu, Najib turut menyeru golongan mahasiswa serta generasi muda merebut peluang untuk mendaftar diri selaku penggerak dan aktivis sukarelawan 1M4U.

Katanya, seruan itu sejajar dengan tuntutan salah satu kriteria negara maju berkaitan kesediaan rakyat menawarkan khidmat bakti secara sukarela kepada kerajaan dan masyarakat.

"1M4U amat menghargai segala usaha dan dedikasi generasi muda dalam mengetengahkan idea-idea bernas untuk aktiviti sukarelawan mengikut cita rasa anak muda kini," katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga akan menggerakkan program sukarelawan secara menyeluruh di seluruh negara mulai Januari ini.

Usaha tersebut, kata Perdana Menteri, bersempena dengan Tahun Kesukarelawanan Negara 2013 yang bertujuan memupuk semangat sukarela di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Najib berkata, menerusi usaha tersebut Malaysia akan menjadi hab serta negara contoh bagi pelaksanaan kerja-kerja sukarela yang berteraskan 1Malaysia.

Beliau yang juga Pengerusi 1M4u berkata, Konvensyen Sukarelawan Nasional 2013 akan diadakan pada Februari bagi membincangkan hala tuju gerakan sukarelawan di kalangan rakyat dan generasi muda. - Utusan


GR kata: Adam Adli & The Geng bolehla Anwar bodohkan...yer tak? Hi hi hi

No comments:

Post a Comment