Sunday, December 30, 2012

'AMANAT HADI': RTM Beri Peluang Secara Live, Hadi Awang Boleh Jawab Ikhlas Ker??

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan diberi peluang memberi penjelasan mengenai amanatnya yang mengkafirkan Umno pada 1981, di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, Abdul Hadi perlu memohon kepada kementerian mengenai saluran yang dipilihnya untuk memberi penjelasan itu.

"Pihak RTM boleh siarkan kenyataannya sekiranya kandungannya sesuai dan ada nilai berita. Tetapi pada masa yang sama, Abdul Hadi perlu memberi peluang kepada pihak lain memberi pandangan mereka kerana amanatnya ini telah dibuat pada 1981," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan raptai sambutan Rumah Terbuka Malaysia Krismas dan sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka di sini, Sabtu.

Sambutan itu dijadual diadakan pada 31 Disember.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas, Datuk Fuad Hassan, Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Norhyati Ismail dan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Datuk Norliza Rofli.

Rais berkata, pandangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan mufti perlu diambil kira untuk mengetahui status amanat itu yang mengkafirkan Umno daripada sudut akidah.

Presiden PAS itu pada Sabtu berkata, beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan.

Ditanya mengenai masalah masalah talian telefon mudah alih yang tiba-tiba terputus akibat masalah teknikal, Rais berkata, ia bukan kesalahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Katanya, syarikat telekomunikasi harus memberi penjelasan lengkap kepada pengguna mengenai masalah itu dan menyatakan jumlah talian terputus dialami pengguna telefon bimbit pada setiap bulan.

"SKMM boleh mengambil tindakan undang-undang sekiranya syarikat telekomunikasi masih gagal mengatasi masalah tersebut," katanya.

Minggu lepas, media melaporkan mengenai masalah talian telefon mudah alih terputus yang semakin teruk di negara ini.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Pembangunan Industri dan Sumber Perancangan SKMM, Datuk Ali Hanafiah telah memberi amaran dan berkata SKMM tidak teragak-agak mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mengikut kesalahan-kesalahan yang dilakukan.

Berhubung cadangan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin supaya kerajaan tidak meletakkan had pada harga telefon pintar 3G bagi membolehkan orang ramai mendapatkan rebat sebanyak RM200, Rais berkata, beliau akan membawa perkara itu ke Kabinet pada 2 Januari depan.

Mengenai persiapan Rumah Terbuka Malaysia Krismas dan sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka, Rais berkata, beliau berpuas hati dengan raptai pada Sabtu yang lancar.

Beliau berkata, Dataran Merdeka dipilih untuk majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas, sambutan Tahun Baru 2013 serta acara Larian Tahun Baru 1Malaysia pada31 Disember ini kerana ia adalah lokasi bersejarah untuk negara.

"Sambutan Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baru diadakan serentak kali ini untuk memberi kelainan dan menyemarakkan semangat perpaduan semua kaum di Malaysia selari dengan gagasan 1Malaysia," katanya.

Beliau berkata, Ketua Paderi Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam turut dijemput untuk mewakili masyarakat Kristian pada rumah terbuka itu. - BERNAMA

GR kata: Wayang Hadi Awang pun macam Anwar jugakkan...

No comments:

Post a Comment