Tuesday, November 20, 2012

POK NIK BOLEH TENTUKAN SESEORANG ITU MASUK SYURGA ATAU NERAKA!?


Apa nak jadi dengan PAS sekarang? Lihat sendirilah dari Olamak mereka Pok Nik yang menyokong doa yang mereka buat beberapa hari lepas yang menjatuhkan UMNO/BN. Di sini GR ingin menjelaskan, di manakah ciri-ciri seorang muslimin di dalam diri Pok Nik? Jika dia seorang ulama' yang bertauliah dan dibanggakan oleh puak PAS, kenapa perlu bercakap untuk sebelah pihak saja? Kenapa Islam hanya ada dalam PAS saja kah? Jika umat Islam lain yang tidak berfikiran politik dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar mereka dikategorikan dalam golongan mana pula?? Mohon jawab Pok Nik!!

Tindakan Pok Nik yang sudah semestinya bercanggah dengan pemikiran waras seorang Islam sebenarnya yang boleh menyesatkan pemikiran umat Islam. Perkara biasa dalam PAS bila pendapat mereka tidak diterima oleh sesiapa pun, PAS akan kata mereka ini MURTAD. Persoalannya, siapakah kita sebagai umat Islam boleh memperkatakan seseorang itu Murtad? Siapakah kita nak menentukan Syurga atau Neraka seseorang itu? Tapi Pok Nik selamba badak dan puak-puak PAS ni dah macam tak ada pegangan agama menerima bulat-bulat apa yang Pok Nik katakan. Nauzubillah....fikir-fikirkanlah!!

Baca lagi di bawah :


KOTA BHARU 18 Nov. - Selepas adiknya mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN), Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula memberi gambaran bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Beliau dalam nada tegas kemudiannya melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Sehubungan itu katanya, UMNO tidak perlu dimuliakan sebaliknya doa-doa yang memohon agar UMNO dan BN ditimpa bala tidak salah kerana ia sama dengan kisah Nabi Noh yang memohon kepada Allah untuk memusnahkan umatnya yang tidak patuh kepadanya.

"Bila UMNO buang Islam daripada dasar hidup dia, maka UMNO agama apa? Agama Islam itu al-Quran, bila UMNO tolak Islam, dalam dasar parti maka Kristian ke, Buddha ke atau tidak ada agama?

"Timbul masalah murtad. Murtad ini khabarnya orang Kristian, paderi-paderi dia. Saya nak kata tidak, yang jadi orang Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri perlekeh Islam.

"UMNO tolak Islam maka nampak dia memperlekeh Islam, dia buang Islam macam benda sudah habis tempoh, macam ubat sudah habis tempoh, buang," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

Ketika wartawan mengajukan soalan adakah beliau menjatuhkan hukuman murtad kepada UMNO berdasarkan pandangannya itu, berikut jawapan Nik Abdul Aziz:

"Tidak kira siapa pun, tidak kira tok guru sekalipun kalau murtad, murtadlah. Usahkan UMNO, tok guru berserban berjanggut kalau dia tolak Islam dia murtad walaupun tiada mufti beritahu, tiada hadis, tapi kalau ia tolak Islam dengan sengaja maka dia murtad."

Sementara itu, ketika ditanya adakah disebabkan UMNO sudah tidak mengamalkan Islam maka Pas mendoakan supaya parti itu ditimpa bala, beliau berkata:

"Kalau serangga pun kita bunuh. Macam nyamuk, pacat, serangga tapi kita racun kita bunuh. Ini menyebabkan akidah, akidah salah bila UMNO tolak Islam, takkan kita nak mulia."

Mursyidul Am Pas itu mengulangi bahawa doa seumpama itu adalah tidak salah.

"Tak salahlah. Dalam al-Quran sendiri sebut cerita Nabi Noh berdoa. Ya Allah aku berdoa siang malam kata Nabi Noh, dengan secara sulit dengan secara terang aku berdoa tapi orang benci pada aku, tolak aku.

"Dia pergi turut orang lain yang harta banyak dan penyokong ramai. Akhirnya Nabi Noh berdoa, ya Allah musnahkan orang itu kalau kamu tidak musnahkan orang ini, dia beranak, anak lawan aku pula, dia cucu, cucu lawan aku pula, maka jangan tinggal seorang pun," ujarnya. - Utusan


GR kata: Sedih umat Islam sekarang tidak bersatu dan umat Islam sendiri yang perlekehkan agama...Fikirkanlah dosa pahala wahai umat Islam!!

No comments:

Post a Comment