Thursday, November 22, 2012

PANAS: DAP DAH PENING @teresakok KENA HALAU DARI SEPUTEH!!


Apa sudah jadi dengan MP Seputeh, YB Teresa Kok ni?? Bukankah beliau seorang dikalangan MP yang favorite DAP. Parlimen Seputeh yang sudah sekian lama di bawah pentadbiran beliau tapi sejak akhir-akhir ini beliau DITOLAK 100% oleh rakyat di Seputeh. Itulah orang kata, nak jadi pemimpin ni perlulah bersikap adil pada masyarakat. Bukannya pegang jawatan tersebut hanya gah pada nama dan hanya untuk kepentingan POKET dan peribadi saja. So camner dengan tagline Teresa Kok "No Complaint, No Help!" yer YB...kena batang hidung sendiri ker??

Dari maklumat dalaman yang GR perolehi dari DAP W.Persekutuan, DAP sekarang sudah goyang dengan kedudukan Teresa Kok di Seputeh. Dengan pelbagai jawatan yang beliau pegang sememangnya puak PAKATAN ni gila kuasa. Jawatan yang beliau pegang sekarang ialah :

1. Member of Parliament for Seputeh (with allowance and salary)
2. Kinrara Assembly woman (with allowance and salary)
3. Selangor Senior executive Councillor (with allowance and salary)
4. Director of PKNS  (with allowance and salary)
5. Selangor DAP Chief
6. National DAP organizing secretary
7. Wanita DAP national secretary

Atas sebab ini, Pengerusi DAP Karpal Singh mengarahkan ahli DAP yang ingin bertanding PRU 13 nanti hanya boleh bertanding 1 kerusi. Persoalannya, berapa kerusi pun mereka tanding dan jika menang adakah mereka ini rajin bekerja atau pun sama jer. GR juga difahamkan Teresa Kok akan bertanding di Sekinchan pula kali ni. Senang betulkan puak PAKATAN ni, semuanya nak bidang terjun. Teresa Kok ni anak jati Sekinchan ker? Seputeh pun tak boleh jaga dengan baik, inikan pula tempat lain.

Apa yang pasti, dalam keadaaan sekarang puak DAP pening kepala mahu meletakkan siapa untuk bertanding di Seputeh kerana dengan Teresa Kok yang sudah tidak diterima oleh rakyat Seputeh. Dan ramai MP dikalangan DAP yang berebut-rebut mahukan kerusi di Seputeh.

Pada pembaca dan rakyat di Seputeh dan di Malaysia, seharusnya fikirkanlah secara rasional. Mahukan pemimpin yang boleh membela nasib rakyat atau mahukan pemimpin yang syok sendiri dan hanya tahu jaga PERUT sendiri saja. Fikir-fikirkanlah....

Baca juga DI SINI


GR kata: Teresa Kok letak kat mana-mana pun memang tak boleh pakai!!

No comments:

Post a Comment