Wednesday, November 21, 2012

HADI AWANG MAIN PANCING UNTUK JADI PM KE 7! TAPI KENAPA MESTI PUSING-PUSING??


Semakin lama Allah S.W.T tunjuk satu persatu apa agenda sebenar dalam Pakatan Pembangkang. Apa yang mereka lakukan kesemua tidak mempunyai sepakat, masing-masing sibuk mengedar jawatan dan kuasa demi kepentingan peribadi. Dalam Muktamar PAS baru-baru ini Presiden PAS sedia untuk menjadi Perdana Menteri jika PAKATAN berjaya memenangi PRU 13.

Asyik mimpi disiang hari saja depa ni semua...tidak ada sebarang perasaan atau agenda yang baik untuk pembangunan negara dan kebajikan rakyat. Yang mereka tahu hanya mahu ke Putrajaya. Awat tak tau jalan ke Putrajaya ker? Banyak carakan naik ERL ada, jalan highway yang cantik pun ada..apa lagi nak?

Pada pandangan GR senang saja, ini semua kehendak rakyat. Rakyat yang menentukan siapa yang mereka ingin memimpin negara dan kawasan mereka dengan baik. Rakyat seharusnya berfikir dan menilai mana yang memberikan perkhidmatan yang baik untuk agama, bangsa dan negara. Bukan dengan hanya menabur air liur sana sini, pelbagai "Janji Manis" diberikan tapi habuk pun tak der. Agama Islam dipermainkan begitu saja, fatwa dipusing-pusing demi meraih undi rakyat. Fikir-fikirkanlah....

Baca lagi di bawah :
KUALA LUMPUR 20 Nov. - Portal berita Harakahdaily milik Pas hari ini mendakwa akhbar The Star dan portal berita The Malaysian Insider menyiarkan laporan kurang tepat berhubung kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Harakahdaily turut menyiarkan transkrip dan rakaman sebahagian ucapan penangguhan Abdul Hadi berkaitan usul perwakilan Pas agar beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Berdasarkan kepada transkrip itu, Abdul Hadi mengalu-alukan cadangan tersebut tetapi beliau bermohon kepada Allah SWT agar mengkabulkan cita-citanya memenangkan Islam sebelum meninggal dunia.

''Saya alu-alukan nak lantik saya jadi Perdana Menteri. Syok juga sepintas lalu. Tetapi saya kata di sini, saya minta Tuhan jadikan cita-cita saya ini biar menangkan Islam, kemudian kalau nak mati, matilah," katanya.

Dalam ucapannya, Abdul Hadi turut menjadikan peristiwa yang berlaku semasa beliau memancing ikan bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai analogi bagi memperjelaskan pendiriannya terhadap usul yang dibangkitkan perwakilan Pas itu.

''Saya tak mahu macam cerita saya dengan Ustaz Azizan. Ustaz Azizan tahu saya minat memancing. Saya pergi Kedah, dia ajak saya memancing di laut Yan.

''Sebelum pergi, dia berpaling ke anak buah dia, dia kata, tumbuk rempah siap-siap. Nak masak ikan tenggiri, ikan jenahak. Saya pun pergilah, dia pun pergi juga ke laut. Bila balik, boleh ikan belukang sebesar kelingking je. Ustaz Azizan ingat tak peristiwa itu? Saya tak mahu jadi macam tu lah. Belum apa-apa dah tumbuk rempah," ujarnya.

Abdul Hadi juga menasihatkan Pas agar mencontohi Nabi Muhammad SAW yang berserah kepada ketentuan Allah SWT apabila ditanya pemimpin-pemimpin kabilah tentang siapa bakal dilantik sebagai pemimpin mereka sebelum peristiwa hijrah ke Madinah.

''Kita kena belajar dengan Nabi SAW. Bila Nabi nak berhijrah ke Madinah, Nabi berjumpa dengan pemimpin-pemimpin kabilah yang bersedia menawarkan negeri dan penduduk mereka untuk menegakkan Islam. Allah menjanjikan kemenangan.

''Nabi jumpa satu-satu kabilah ini. Masa jumpa kabilah Bani Amir, Nabi tawar Islam, Allah janjikan kemenangan, boleh tegakkan negara bila berjaya. Tiba-tiba pemimpin mereka bertanya, "Kalau menang siapa jadi raja, jadi ketua, jadi menteri" lalu Nabi jawab, "Kemenangan itu bagi Allah, Allah beri kepada siapa yang Dia kehendaki" Itu jawapan Nabi.

''Jadi kita Pas ni kena ajar begitulah. Itulah caranya," katanya.

Selain itu, menurut Harakahdaily, Abdul Hadi dilaporkan dengan jelas menolak cadangan melantiknya sebagai Perdana Menteri sambil menyatakan beliau lebih rela kembali menjadi nelayan selepas Islam menang pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar pada muktamar berkenaan.


GR kata: Semua pemimpin gila kuasa sibuk nak jadi PM, pasal negara dan rakyat tak pikir..jawabnya hancus laaaa nanti!!

No comments:

Post a Comment