Thursday, November 8, 2012

Anak CHEF WAN Kata "Kami Sudah Bercerai"....


BARU sahaja media sibuk melaporkan penafian curang pelakon Ana Dahlia terhadap suaminya, Chef Riz, tiba-tiba anak kepada Chef Wan tersebut mengesahkan bahawa dia dan pelakon tersebut telah bercerai.

Chef Riz bagaimanapun tidak memberitahu tarikh sebenar mereka bercerai, namun memberitahu penceraian tersebut terpaksa dilakukan selepas mereka gagal mempunyai kesefahaman dalam perkahwinan selepas 11 bulan hidup bersama.

"Kami sudah berpisah dan saya harap tolong hentikan sebarang spekulasi yang tidak benar tentang pergolakan rumah tangga kami," ujarnya.

Ulas Chef Riz yang pernah menjadi pengkritik program realiti masakan 'Masterchef Malaysia' musim pertama, antara faktor penceraian mereka adalah kerana kesibukan karier masing-masing selain mengaku telah tersilap langkah dengan berkahwin selepas hanya berkenalan selama lapan bulan.

Katanya: "Usia perkenalan selama lapan bulan sebelum berkahwin, dan kemudian berkahwin dengan kami masing-masing sibuk menjadi penyebab keputusan ini terpaksa diambil."

Dia bagaimanapun mengaku masih sayangkan Ana dan tidak menolak jika jodoh mereka masih kuat, mereka boleh rujuk semula dalam tempoh idah tiga bulan ini.

Sepanjang minggu lalu, isu keretakan rumah tangga Ana dan Chef Riz hangat diperkatakan. Mereka bagaimanapun pada waktu itu hanya memberi kenyataan dengan mengatakan sedang berusaha menyelamatkan perkahwinan yang dibina 11 bulan lalu. Namun nampaknya, jalan penyelesaian yang diambil adalah bercerai.


GR kata: Kahwin cerai...macam makan biskut chipsmore kan. Isk isk isk

No comments:

Post a Comment