Thursday, October 4, 2012

#TanyaNajib Platform Terbaik @NajibRazak Dekati Rakyat


PETALING JAYA: Laman rangkaian sosial sibuk dengan golongan belia yang bertanyakan soalan dalam talian kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung rebat telefon pintar.

Sesi Google Hangout #TanyaNajib selama 71 minit oleh Perdana Menteri itu juga disiarkan secara langsung di YouTube, malam Rabu. Semasa perbualan, Asyraf Adlan seorang usahawan dari Bukit Jelutong, bertanya tentang rasional kerajaan menawarkan rebat.

Najib berkata pembayaran 'one-off' di bawah Pakej Komunikasi Belia dalam Bajet 2013 sebagai menunjukkan penghargaan kerajaan terhadap sumbangan mereka.

"Telefon pintar adalah satu benda yang perlu di kalangan orang muda hari ini," kata Najib yang dipercayai menjadi pemimpin pertama di Asia Tenggara menggunakan sesi Google Hangout.

Individu yang berumur 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan di bawah RM3,000 layak mendapat rebat. Sebahagian daripada RM300 juta akan diperuntukkan untuk inisiatif ini yang disasarkan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia di seluruh negara.

Mengenai baucar buku untuk pelajar Tingkatan Enam dan pelajar universiti, Najib berkata kerajaan berpendapat ia adalah perlu.

"Kebanyakan buku keperluan pelajar adalah sangat mahal.

"Jadi, kami merasakan lebih baik menyediakan baucar buku supaya mereka boleh membeli buku-buku," katanya.

Dalam Bajet 2013, baucar buku 1Malaysia telah ditingkatkan kepada RM250, daripada RM200 sebelum ini. Ia melibatkan peruntukan RM325 juta dan akan memberi manfaat kepada 1.3 juta pelajar di seluruh negara.

Najib turut mengulas mengenai 10 peratus diskaun yang diberikan kepada mereka membuat penyelesaian lebih awal pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Kami memperkenalkan insentif untuk membolehkan mereka membayar balik pinjaman mereka supaya pelajar-pelajar lain juga boleh meminjam untuk melanjutkan pengajian," katanya.

Terdahulu, Najib memuji peranan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan terhadap ekonomi.

"Melalui GLC, negara mampu untuk menjana 359,187 pekerjaan yang boleh menyumbang RM40 bilion hasil cukai," katanya selepas merasmikan bangunan Mercu UEM di sini.

Beliau, bagaimanapun, berkata bahawa terdapat pemandu teksi yang tidak melanggar peraturan. - mStar


GR kata: Pemimpin dekat dihati rakyat itu lebih baik, bukannya tabur janji sana sini pada rakyat....


No comments:

Post a Comment