Monday, October 22, 2012

#SistemAES: Kenapa Tak Boleh Fikir Guna Otak Ker?


GR hairan bila baca banyak artikel-artikel yang menentang Sistem AES ni. GR pun tertanya-tanya adakah mereka memahami dengan Sistem AES ini ? atau pun mereka langsung tidak meluangkan masa untuk berfikir...??

Setelah apa yang GR lihat, ada juga faedahnya untuk dijadikan sebagai landasan rakyat Malaysia boleh bermotivasikan diri mereka. Pada mereka yang melenting tak tentu pasal tu, adalah tu yang tak kena. Mungkin dah sememangnya jenis tak reti atau tak suka hormat undang-undang yang telah ditetapkan sebab tu asyik kena saman jer kan...

Apa pun GR inginkan kongsikan bersama pembaca sekalian beberapa fakta dan pandangan bernas mengenai Sistem AES ini. Jom sama-sama kita fikirkan adakah sistem yang baik ini wajar untuk membentuk pemikiran rakyat Malaysia :

1. Sistem AES adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat. Ianya bertujuan supaya pemandu memperlahankan kenderaan dan juga tidak melanggar lampu isyarat. Objektifnya mudah iaitu supaya pemandu mematuhi peraturan terutama yang berkaitan dengan hadlaju dan lampu isyarat.

2. Sistem ini bukan bertujuan untuk menyaman atau mengutip duit. Ini hanya helah pakatan pembangkang yang lumrahnya suka menabut fitnah dan memanipulasi setiap perkara yang baik untuk rakyat.

3. Sekiranya ianya bertujuan untuk mengutip duit, maka lebih baik suruh polis menyorok di bawah jambatan dan rakam had laju. Confirm sekejap jer berpuluh-puluh juta boleh dikutip. Betul tak..??

4. Oleh kerana ianya bertujuan supaya pemandu memperlahankan kenderaan menyebabkan lokasi kamera ini diwar-warkan siap dengan koordinat sekali. Kameranya juga jelas terpampang dan papan tanda amaran juga diletakkan. Malah, sistem pengesan seperti menggunakan GPS navigator untuk memberi amaran pun boleh digunakan. Kalau pasal nak kutip duit, takkan diberitahu sedemikian rupa. Cuba gunakan akal tu sikit.

6. Sistem AES ni bukannya baru. Dah lama diamalkan di negara-negara maju dan ianya jelas terbukti boleh mengurangkan kadar kemalangan dan kematian.

7. Di UK misalnya, ada lebih dari 6,000 kamera seperti AES. Kamera-kamera ini dipasang di lebuhraya yang mempunyai had kelajuan 70mph dan 60mph, di jalan-jalan yang mempunyai kelajuan 40mph malah di jalan yang mempunyai kelajuan 30mph pun dipasang. Di Malaysia, baru pasang di 14 tempat dah ada yang bising. Kalaulah dipasang di kawasan 40 km/h, mungkin berlaku rusuhan. Malu sungguh melihat mentaliti masyarakat macam ni di Malaysia.

8. Ada yang mempersoalkan kenapa had laju di lebuhraya hanya 90km/j ? Di Malaysia, hadlaju lebuhraya secara umum adalah 110km/j. Tetapi di lebuhraya yang menghampiri pusat bandar, had lajunya adalah 90km/j dan dalam kawasan yang lebih hampir ke pusat bandar, had lajunya adalah 80km/j. Perubahan had laju ini sepatutnya mudah difahami kerana semakin hampir dengan pusat bandar, bilangan kenderaan akan bertambah, bilangan susur keluar juga mungkin bertambah oleh itu pemanduan perlu lebih perlahan dan berhati-hati.

9. Di UK juga mempunyai sistem yang sama. had laju lebuhraya secara umum adalah 70mph (~ 110 km/j). Bagi kawasan yang hampir ke pusat bandar (contohnya London), hadlajunya adalah 60mph (~90 kkm/j) dan bagi kawasan yang lebih hampir ke pusat bandar, hadlajunya adalah 40mph (60 km/j). Bagi kawasan yang hampir dengan perumahan,sekolah,hospital, hadlajunya adalah 30mph (~45 km/j).

10. Ada yang bising kerana kamera ini dipasang di lebuhraya. Mereka ini tidak tahu bahawa kamera ini dipasang dikawasan `hotspot' untuk kemalangan jalan raya. Sebab itulah, kamera ini dipasang di jalan bandaran lebih banyak dari lebuhraya. Dari 14 kamera yang telah dipasang, hanya 4 dipasang di lebuhraya dan dari 561 kamera had laju yang akan dipasang kelak, hanya 63 ataupun 11% yang dipasang di lebuhraya. Sebahagian besarnya dipasang di jalan bandaran atau jalan biasa. Ini membuktikan sekali lagi, sistem ini bertujuan untuk mendidik supaya kemalangan dapat dikurangkan.

11. Undang-undang jalan raya yang dibuat perlu dipatuhi. Walaupun pada pukul 3.00 pagi dan lampu isyarat berwarna merah dan tidak ada kenderaan lain, kita masih perlu menunggu sehingga lampu bertukar hijau untuk berjalan. Tidak adak sebarang pelepasan untuk melanggar undang-undang. Di sinilah sekali lagi kita boleh lihat betapa tingginya sikap pemandu di UK (sbg contoh). Mereka tidak akan melanggar undang-undang walaupun terpaksa berhenti di lampu isyarat pada jam 3.00 pagi.

12. Memang benar, akan ada dikalangan masyarakat yang hanya memperlahankan kenderaan di kawasan berkamera sahaja dan kemudianya memecut semula. Ini tidak apa kerana sekurang-kurangnya, dia telah memperlahankan kenderaan terutama di kawasan-kawasan hotspot. Untuk memperlahankan kenderaan supaya tidak melebihi had laju yang ditetapkan, mereka tidak boleh memandu terlalu laju, kalau tidak...tak sempat. Oleh itu, ini juga mendidik masyarakat agar tidak memandu terlalu laju. Apabila sikap ini berulangkali dilakukan, maka lama kelamaan ianya akan menjadi satu rutin harian.

13. Walau dalam hanya beberapa hari sistem AES ini dilaksanakan, kita sudah boleh melihat perubahan sikap pemandu. Kita dah boleh lihat, kenderaan memperlahankan kenderaan di kawasan kamera sehingga tidak ada yang mahu menggunakan lorong laju. Kita boleh lihat bagaimana semua kenderaan memandu dengan penuh berhemah di kawasan berkamera. Masyarakat juga semakin peka dengan papantanda had laju. Kalau sebelum ini, mungkin ada yang tidak tahu dengan had laju 90km/h, tapi kini dah tahu dan dah boleh peka dan ambil tahu mengenai hadlaju sesuatu kawasan.

14. Perubahan yang positif ini dapat dilihat hanya selepas beberapa hari perlaksanaan sistem ini. Lama-kelamaan mungkin nak nampak kamera ini mengeluarkan flash pun susah sebab semua pihak memandu dengan berhati-hati. Bukankah ini satu perkembangan yang baik?

15. Harapnya sistem ini dapat diperluaskan kepada kesalahan-kesalahan yang lain seperti memandu di lorong kecemasan, memotong di kawasan garisan berkembar, membuat pusingan U-turn di kawasan yang tak boleh dan lain-lain. Supaya satu hari nanti masyarakat di Malaysia akan terkenal sebagai pemandu yang berhemah dan berbudi pekerti tinggi.

16. Harapnya, janganlah ada mereka-mereka yang menentang perkara yang membawa kebaikan ini. Kalau pembangkang yang menentang, itu adalah perkara biasa kerana mereka memang tak mahu berfikir dan mereka tiada kerja selain daripada membangkang sahaja apa yang dibuat oleh kerajaan walaupun perkara yang baik. Tapi, kini ada juga mereka dari penyokong kerajaan yang turut sama tidak mahu berfikir dan menentang perkara yang baik ini. janganlah terikut-ikut dengan sikap pembangkang.

17. Sistem ini bertujuan baik. Ianya boleh mendidik sikap pemandu di Malaysia. Ianya boleh mengurangkan kemalangan dan kematian. Ianya menggalakkan masyarakat supaya mematuhi peraturan. Kenapa masih ada yang tak suka dengan kebaikan-kebaikan ini ? Kemanakah hilangnya nilai masyarakat yang mahukan kebaikan ?


GR kata: Susah untuk mengubah mentaliti masyarakat Malaysia. Mungkin sebab inilah Tun Dr. Mahathir berkatan "perjuangan belum selesai". Fikir-fikirkanlah....

1 comment:

  1. Biarkan lah sapa sapa nak bising....kalau tak langgar undang2 kenapa meroyan tak tentu fasall...!!!!

    ReplyDelete