Monday, October 15, 2012

#SCORPENE: SUARAM TAKDER MODAL, HANYA TAHU BURUKKAN NEGARA!! @Zahid_Hamidi

Isu Scorpene yang digembar-gemburkan oleh SUARAM hanyalah mainan politik pakatan pembangkang. Jika kita lihat isu tersebut hanya makan diri sendiri kerana fitnah yang dilemparkan oleh mereka TIDAK BENAR sama sekali.

GR pun pelik sebelum nie begitu rancak pembangkang fitnah sana sini mengatakan pembelian kapal selam ini mempunyai pelbagai masalah. Tapi mana datang masalahnya yer...?? Bila pihak Perancis memberitahu tidak ada sebarang pendakwaan dibuat di Perancis kenapa diaorang nie senyap??? Jawablah yer wahai suara-suara pencacai pakatan pembangkang... Lama juga GR tunggu nie...

KOTA KINABALU: Tindakan beberapa pihak, terutama parti pembangkang, yang sering mempertikai perolehan aset pertahanan negara akan hanya memberi kesan negatif kepada pasukan keselamatan negara, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mempertikai dan meremehkan perolehan berkenaan termasuk kapal selam, sertalatihan dan sebagainya, yang bertujuan meraih sokongan dan kepentingan politik,boleh merendahkan martabat pertahanan negara di mata dunia, katanya. Tindakan mereka, termasuk badan bukan kerajaan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu dilihat sebagai meremeh tahap profesionalisme pasukan keselamatan, katanya pada majlis lawatan kerja sehari beliau bersama 80 wakil media di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, pembangkang menggunakan isu seumpama itu ketikamenjelang pilihan raya umum tanpa prihatin terhadap implikasinya. Katanya, pembangkang masih memburukkan perolehan aset kapal selam Scorpenewalaupun pelbagai penjelasan telah dibuat melalui pelbagai media dan sesi taklimat, malah anggota pembangkang turut dibawa melawat ke dalam kapal selamtersebut.

"Kita tidak mahu isu (perolehan kapal selam ini) melemahkan semangat anak kapal selam. Jangan merendahkan anak buah 'submariners' dan jangan merendahkan kemampuan kapal selam ini," tegasnya.

Ahmad Zahid berkata,"Walaupun perbezaan pandangan politik, kita tidak seharusnya mempertikaikan kemampuan angkatan tentera. Sebaliknya pertahankan ia kerana ia soal yang tidak boleh dikompromi".

Beliau berkata pihak pembangkang dan semua pihak, harus menerima hakikatbahawa pasukan TLDM dan Angkatan Tentera Malaysia adalah kumpulan profesionalyang harus dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia. - BERNAMA

GR kata: Dengar isu Scorpene nie diaorang kaitkan dengan pembunuhan Altantuya...kan bodoh bunyinya tu...

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Post a Comment