Monday, October 8, 2012

Pasukan ATM Masih Ada Peluang Ke Final! #GoATM @Zahid_Hamidi @shahrulyahya



PENGENDALI Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan ternyata berpuas hati dengan kejayaan mengikat Lions XII 1-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Jalan Besar, Singapura malam kelmarin.
Satnianathan menganggap ATM telah mempamerkan persembahan cemerlang meskipun mengakui barisan pemainnya mengalami kesukaran beraksi di atas padang rumput tiruan.
ATM membuka tirai jaringan menerusi penyerang import, Marlon Alex James pada minit ke-52 sebelum Muhammad Safuwan meledak gol penyamaan buat Lions XII sepuluh minit sebelum perlawanan berakhir.
"Mana-mana pasukan di dalam dunia ini tidak akan mampu beraksi dengan baik sekiranya hanya diberikan peluang sekali untuk mencuba (padang rumput tiruan).
"Tetapi saya sangat kagum dengan semangat pemain-pemain saya sehingga berjaya mendapat pulang satu gol di tempat lawan.
"Itulah paling mustahak dan pada saya, kami sudah berjaya pada peringkat separuh akhir pertama," kata Sathianathan kepada Kosmo! Ahad semalam.
Sathianathan memberitahu, pasukannya kini berada di landasan yang terbaik dalam usaha untuk melayakkan diri ke pentas final Piala Malaysia.
Bagaimanapun, Sathianathan enggan anak-anak buahnya terlalu selesa dengan keputusan itu sambil menyifatkan tugas mereka hanya akan selesai di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Khamis ini.
Katanya, kepulangan Zaquan Adha Abdul Radzak selepas menjalani penggantungan satu perlawanan bakal memperkuatkan cabaran ATM bagi menghadapi aksi separuh akhir kedua itu nanti.
"Peluang kami cerah (untuk mara ke final). Satu gol di tempat lawan sangat penting bagi kami.
"Namun, saya tidak mahu mereka alpa atau mendabik dada di atas kejayaan itu kerana kami masih memiliki 90 minit lagi untuk merealisasikan hasrat kami untuk melangkah ke final.
"Jadi sekali lagi saya mahu para pemain ATM memberikan tumpuan 100 peratus pada aksi separuh akhir kedua nanti," katanya.
GR kata: Teruskan usaha harumkan nama ATM cipta sejarah....
Sent from Samsung tablet

No comments:

Post a Comment