Monday, October 15, 2012

PANAS: @Neelofa Dan Hans Isaac Dah Putus Cinta??


Macam soalan orang yang sangat naif lagaknya tajuk kami ini. Kalau sudah mengakui yang hubungan itu serius, pastinya cinta sudah terbit dalam hati masing masing.

Bercakap secara eksklusif kepada mStar Online hari ini, Hans Isaac mengakui yang hubungan antara beliau dan Neelofa kini memang sesuatu yang serius.

Namun, Hans Isaac memilih untuk berdiam diri tentang kisah hubungan itu selama ini kerana serik dengan kegagalan dalam percintaan yang beliau alami sebelum ini.

“Saya tidak menafikan kami memang berkawan secara serius ketika ini. Tetapi, saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai sejauh mana hubungan kami kerana ia terlalu peribadi”

“Cukuplah, saya sudah serik untuk berkongsi kisah peribadi kerana selama 20 tahun bergelar artis, terlalu banyak yang saya kongsi cerita hubungan cinta terdahulu tetapi akhirnya saya juga yang dipertikaikan itu dan ini,” ujar Hans Isaac.

Menjawab gossip bercuti bersama Neelofa ke Koh Samui, Thailand baru baru ini Hans Isaac berkata beliau tidak bodoh & tidak sensitif akan budaya untuk bercuti berdua sahaja.

“Tiada apa yang hendak saya katakan mengenai gosip itu. Biarlah kerana saya sudah lalui macam-macam gosip sebelum ini,” tambah beliau lagi. - RotiKaya


GR kata: Artis bercinta pun ada yang mengaku...tapi sorang pemimpin tue buat macam-macam kenapa susah sangat nak mengaku yer...

No comments:

Post a Comment