Thursday, October 18, 2012
LAPORAN AUDIT: KHALID IBRAHIM, MB KEDAH MANA MAU LARI? MENIPU JER KERJANYA!!
Laporan Audit Negara telah pun dibentangkan oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Amrin Buang. Dalam laporan tersebut menunjukkan peningkatan yang positif dalam pentadbiran Kerajaan di bawah Barisan Nasional. Tapi biasalah perkara yang baik ada saja yang mulut busuk mempolitikkan perkara tersebut, itulah dia pakatan pembangkang. Apa saja yang berlaku di Malaysia semuanya dipolitikkan. Jamban rosak pun itu semua salah UMNO/BN kata mereka.
Sebelum ini pakatan pembangkang di Selangor mengatakan peningkatan dalam hasil kutipan negeri tersebut. Tidak ada sebarang korupsi yang berlaku dalam pentadbiran mereka. Kenapa mesti MENIPU wahai MB Selangor?? Rakyat perlukan fakta yang benar bukannya omong kosong. So...sekarang Laporan Audit Negara telah pun dibentangkan...mau cerita apa lagi??
UNISEL rugi puluhan jutaan ringgit...amacam brader?? Tak percaya lagi....tengok kat bawah nie :
Nak membohong lagi yer wahai Khalid Gagap?? Sudah-sudahla tu...rakyat bukan bodoh boleh dengar sembang korang tu. Untuk pengetahuan pembaca yang budiman, terdapat banyak penyelewangan di Selangor dalam pentadbiran pakatan pembangkang. Kita lihat isu Talam, berjuta-juta diselewengkan oleh mereka yang didalangi oleh Anwar dan kuncu-kuncunya. Memang hebatla kan, seorang penasihat kewangan negeri Selangor yang gajinya cuma RM 1, tapi ini yang terjadi sebenarnya.
Itu belum lagi kita kira dengan pembelian bas mewah dan lori transformer yang kerajaan negeri Selangor belikan khas untuk Anwar Ibrahim. Dari mana datangnya wang yang begitu banyak dilaburkan untuk Anwar Ibrahim. Khalid Gagap kata dia personally sponsor!! Boleh percaya ker?? Dan yang paling penting dari dia dapat duit yang banyak untuk sponsor bas mewah sebegitu rupa. Mohon jawab Tan Sri!! Jangan senyap jer...rakyat nak tau nie!!
Perkara yang sama juga terjadi di negeri Kedah, memang hebatla kan puak pembangkang nie. Baru sepenggal memerintah negeri macam-macam jadi. Kalau memerintah negara ni, jawabnya lingkuplah.
Berapa banyak penyelewengan yang kita lihat dalam pemerintahan pakatan pembangkang di negeri yang mereka tadbir. Apa yang diaorang buat sebenarnya?? Sepatutnya sebagai pemerintah, mereka seharusnya meningkatkan hasil pendapatan negeri supaya ianya dapat dirasai oleh rakyat. Bukannya rakyat hidup melanguk dan mengharapkan sesuatu...sekarang nie rakyat asyik menagih simpati seolah-olah macam meminta sedekah. Menjadi wakil rakyat seharusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat bukannya kerja untuk POKET SENDIRI.
GR tak ingin kucap lanjut mengenai penyelewengan di negeri Kedah ini. Pembaca boleh baca selanjutnya DI SINI dan juga DI SINI. Kredit dan tahniah GR ucapkan kepada rakan blogger KedahKeKL di atas pendedahan yang dibuat. Memang terbaik bro....
Pada pembaca yang budiman dan rakyat Malaysia, fikir dan renungkanlah demi masa depan kita semua.
No comments:
Post a Comment