Friday, October 19, 2012

KANTOI: #SCORPENE - SUARAM MENGAKU KEBODOHAN MEREKA! ANWAR, LGE KENAPA SENYAP??


Inilah dalam peribahasa menyebut "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua". Terjawab sudah isu Scorpene yang selama ini dipolitikkan oleh pakatan pembangkang. Selama ini pelbagai tomahan dan fitnah yang dilemparkan oleh SUARAM kepada pihak Kerajaan yang kononnya terdapat pelbagai korupsi dan penyelewengan dalam pembelian aset negara yang sangat penting ini.

Untuk pengetahuan pembaca yang budiman, aset negara seharusnya kita jaga dengan baik. Kenapa perlu diberikan pandangan yang buruk. Lagi menambahkan pendedahan bangang diaorang nie, isu Scorpene ini juga dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya. Tak ke bodoh namanya tu.

Selepas itu, pelbagai pendedahan yang dibuat kononnya ada perbicaraan pendakwaan yang dibuat di Perancis. Tapi kenapa pihak Perancis memberitahu TIDAK ADA PENDAKWAAN DIBUAT DI PERANCIS. Mana satu betul nie? Itulah manusia, bila dah syok sendiri memang buat apa pun untuk syok sendiri. Akhirnya SUARAM mengaku apa yang mereka katakan selama ini fitnah semata-mata untuk memburukkan YAB Perdana Menteri DS Najib Razak, Kerajaan Malaysia dan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia serta Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).

Baca di bawah :
KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini mengesahkan tidak ada perbicaraan bersabit skandal pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia yang berlangsung di mahkamah Perancis.

Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel mendakwa badan bukan kerajaan (NGO) tersebut sebelum ini tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan perbicaraan berkenaan namun menyifatkan ianya disalah erti oleh media tempatan.

"Semua kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini oleh Suaram menggunakan perkataan 'siasatan kehakiman' dan 'penyiasatan'.

"Tidak pernah Suaram menggunakan perkataan "perbicaraan' dalam kenyataan kepada umum sebelum ini," katanya kepada pemberita.

Cynthia yang dilihat cuba mempertahankan Suaram berkata, hanya aduan tentang pembelian kapal selam Scorpene telah dibuat kepada mahkamah Perancis agar siasatan lanjut dapat dilakukan.

Kalau dah menipu tu mengaku sajalah, jangan nak buat ayat putar alam macam cerita Space of Gaban pulak yer. SUARAM tidak pernah menggunakan perkataan 'perbicaraan'...habis tu yang kalau orang masuk mahkamah dipanggil apa??? Kalau dah nama pakatan pembangkang memang kaki putar alam betul. Pembaca fikirkanlah yer....

Pada Lim Guan Eng, hang kata Scorpene ini tidak boleh menyelamkan. Yang hang masuk masa LIMA pada tahun lepas tu apanya. Siap ikut kapal selam tu menyelam lagi, ke nak menyelam sampai ke Lautan Hindi ka lepas tu hang keluar tengok menyelam sama dengan Scorpene tu baru nak percaya ka?? Bawak sekali Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya.

Apa pun berkenaan isu Scorpene ini hanyalah mainan politik pakatan pembangkang yang pada anggapan mereka boleh dijadikan isu ketika PRU 13 nanti. Beli kapal selam tak boleh menyelam, apa ker BODOH diaorang nie kan... Video di bawah menerangkan kebenaran segalanya :






GR kata: LGE dan Anwar nak naik sampan ke motorboat yer??

No comments:

Post a Comment