Wednesday, October 17, 2012
Gambar Saya, Saya Punya Suka Lah - Erin Malik
Masih ingat dengan gambar ala seksi di atas yang dikeluarkan oleh sebuah blog hiburan mukanya milik pelakon manis, Erin Malik yang telah di muat naik menerusi akaun Twitter miliknya sendiri.
Menerusi foto tersebut, jelas memaparkan Erin Malek yang hanya mengayakan gaun malam yang nipis serta bahagian tali bahu yang terlerai, sedikit sebanyak menimbulkan imaginasi nakal, kerana pemandangan sebegini biasanya menjadi amalan suami isteri yang sah sahaja.
Menurut Erin, foto yang di muat naik itu bukanlah untuk ditujukan kepada kekasihnya, Walid Wahid seorang sahaja, tetapi ia ditujukan khusus untuk semua followernya.
“Gambar ini jadi isu sebab Erin ada letak nama Walid Wahid. Lagipun Erin takda pun cakap gambar tu untuk dia sorang. Erin cakapkan ‘Good night utk saya & Good morning utk semua.’ Erin saja letak nama Walid sebab masa tu Erin baru lepas cakap telefon dengan dia.”
Ketika diajukan soalan, tidakkah Erin sedar foto tersebut telah hebat diperkatakan oleh peminat-peminat dan ada yang memberikan komen negatif terhadap dirinya?
Lantas pelakon ini menjawab, “Erin sebenarnya tak baca sangat berita-berita hiburan ni. Selalunya Erin dapat tahu benda-benda macam ini daripada kekasih Erin sendiri. Dia yang selalu baca dan akan beritahu Erin. Lagipun Erin tak nak baca dan tak nak tahu apa komen-komen negatif tu. Kalau baca nanti Erin akan sakit hati dan akan patah semangat untuk bekerja.”
Persoalannya sekarang jika untuk tatapan peminat dan umm perlukah seorang artis berposing sedemikian...betul tak?? GR sarankan kepada golongan artis perlulah lebih berwaspada dalam melakukan sesuatu perkara kerana di Malaysia suasananya berbeza dengan negara luar. So harap korang semua fahamlah yer....
GR kata: Artis pun masih ramai yang belum mendaftar sebagai pengundi....So bila lagi yer??
Artis xsuka mengundi.... tapi suka mintak undi... huhuhu
ReplyDelete