KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangkang di negara ini adalah pasukan yang tidak berkredibiliti kerana hanya bersandarkan kepada tiga senjata utama iaitu ‘kutuk, hasut dan janji’ dalam usaha memenangi hati rakyat. Perdana Menteri menegaskan, rakyat perlu berwaspada dengan tiga senjata pembangkang itu serta tidak termakan dengan agenda pembangkang kerana mereka tidak mampu mentadbir negara.
“Nak jadi pembangkang (dengan) tiga senjata iaitu kutuk, hasut dan janji.“ Kemudian mereka akan janji matahari, bulan, bintang sehingga ke galaksi, itu sahaja tiga senjata yang mereka ada,” katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan di sini hari ini.
Menurut Najib, pembangkang juga tidak mampu menjadi pakatan yang baik kerana gagal memenuhi beberapa syarat asas dalam sesebuah sistem demokrasi berparlimen. Antaranya, kata beliau, pembangkang tidak didaftarkan di bawah satu nama dan parti serta tidak mempunyai simbol yang sama bagi mewakili sesebuah pasukan. Jelasnya, keadaan itu berbeza dengan parti-parti komponen BN yang diwakili simbol sama terutamanya ketika bertanding pada pilihan raya.
Selain itu, menurutnya, pembangkang sehingga kini gagal menampilkan senarai Kabinet Bayangan kerana takut berlaku percakaran dalaman antara DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Pembangkang mempunyai pelbagai wajah, ada imej bulan, ada roket dan ada satu lagi entah nampak mata, ‘a very funny looking’ mata.“ Jadi simbol mereka tidak sama, kita tidak pasti sama ada mereka akan membentangkan manifesto yang sama,” katanya.
Menurut Najib, percakaran itu amat jelas antara Pas dan DAP terutama dalam isu pelaksanaan hukum hudud yang menjadi aspirasi Pas manakala DAP pula konsisten menolaknya. Selain itu, kata beliau, perbalahan antara DAP dan PKR juga ketara di Pulau Pinang apabila Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr. Mansor Othman yang menggelarkan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng sebagai seorang yang sombong, angkuh dan bersikap seperti dewa.
“Guan Eng cuba menguar-uarkan kredibiliti, akauntabiliti dan ketelusan atau CAT, timbalannya pula berkata tentang CAT ‘cocky, arrogant and tokong’ (berlagak, angkuh dan tokong),.“
Kemudian buat sidang akhbar depan Guan Eng, dia nafikan, tetapi apabila rakaman dikeluarkan, nyata dia telah berbohong kepada rakyat, saya tak perlu kata apa-apa lagi, kita tidak boleh mempunyai kerajaan yang menipu rakyat serta tidak melaksanakan janji,” katanya. – Utusan Online
GR kata: Hebatkan puak pakatan nie...hihihi
Pakatan Rakyat mempunyai senjata rahsia iaitu senjata sulit yang bengkok yang boleh menembusi apasaja terutama China Doll dan lubang j...r
ReplyDelete