Tuesday, October 2, 2012

Alahai Apelah Nasib Empangan Nie?? Khalid Gagap Tolong Jawab!!

KUALA LUMPUR – Kemelut air di Selangor kini semakin meruncing. Menjelang 2014, menurut pakar, Lembah Klang akan menghadapi krisis air yang semakin teruk berikutan kuantiti air di negeri Selangor sekarang ini semakin kritikal.

Komitmen kerajaan Pusat adalah jelas untuk meneruskan rancangan seperti Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) bagi mengatasi krisis bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Pun begitu mengambil kira kepentingan rakyat, kerajaan Pusat tidak boleh menunggu persetujuan daripada kerajaan PKR Selangor yang berkeras menentang pelaksanaan projek tersebut.

Ini kerana, laporan daripada pakar-pakar menjangkakan bekalan air di ketiga-tiga kawasan terbabit akan meruncing menjelang 2015 atau 2016 sehingga boleh mencetuskan keadaan darurat sekiranya loji tersebut tidak dibina segera.

Sementara itu tinjauan Mynewshub.my ke Empangan Sungai Selangor petang tadi menunjukkan kuantiti air di empangan dekat Jalan Kuala Kubu Bharu itu sudah pun semakin menyusut.

Malah, takungan air mentah di empangan yang berukuran lebih kurang 600 hektar itu juga dikatakan hampir 40 peratus susut dari paras takungan yang sepatutnya iaitu kira-kira 235 juta meter padu.

Salah satu sungai iaitu Sungai Liut yang menjadi sumber kepada takungan air di empangan itu juga semakin kering untuk menyalurkan air ke dalam empangan tersebut.

Gelongsor limpahan di empangan juga sudah hampir lima bulan tidak dilimpahi air menyebabkan tiada simpanan air di empangan pengawal Sungai Selangor.

Keadaan yang serius melanda di empangan itu sejajar dengan kenyataan dari Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail yang mendakwa Selangor bakal menghadapi krisis air yang kritikal dua tahun lagi.

Malah, keadaan itu juga akan menyusahkan kehidupan rakyat di Selangor sekiranya kerajaan negeri masih lagi enggan mengambil langkah mengatasi krisis kekurangan air negeri itu.

Menurut pendapat dari salah seorang penduduk di kawasan berhampiran, Mohd Hanif, 57, berkata, rakyat sekarang ini sudah sedar dengan masalah yang melanda negeri Selangor.

Katanya, kerajaan negeri seharusnya melakukan kajian dan merancang cara untuk menambah bekalan air yang semakin berkurangan.

" Rakyat sebenarnya tahu dan nampak apa yang berlaku. Sepatutnya, kerajaan negeri merancang dan membuat kajian terperinci tentang bagaimana menambah bekalan air di negeri ini," kata ketika ditemui Mynewshub.my di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Mohd Fahmi, 26, mengatakan kemungkinan krisis air yang berlaku sekarang ini akan berterusan seperti yang berlaku pada tahun 1997.

Keadaan itu akan menyukarkan rakyat sekiranya krisis pada tahun itu kembali melanda di negeri tersebut.

"Kita tengok takungan sumber air mentah berkurang. Jadi, kemungkinan apa yang berlaku pada tahun 1997 pada masa dahulu akan berlaku lagi. Keadaan dan sumber air pada masa akan datang bergantung pada takungan air yang ada sekarang ini," katanya.

Seorang penduduk lain, Hasnan Hussin, 57, juga berpendapat krisis air akan menyusahkan dan memberi tekanan kepada rakyat untuk satu jangka masa yang panjang.

Hasnan memberitahu, kehendak dan keperluan rakyat perlu didahulukan supaya tiadanya masalah yang lebih besar seperti kekurangan air timbul di masa hadapan.

"Untuk masalah ini, tidak kira apa yang jadi, perlu untuk menjaga kehendak dan keperluan rakyat. Kalau air atau subsidi air tiada, rakyat akan hidup susah. Tahun ini sahaja, pelbagai masalah yang melibatkan air sudah banyak timbul," kata Hasnan. – Mynewshub.my


Sent from Samsung tablet

1 comment:

  1. Kerajaan pakatun sanggup memperjudikan nasib rakyat selangor demi ego bodoh tak bertempat mereka.Rakyat selangor yang menyokong pakatun sanggup menggali perigi demi mempertahankan kebodohan kerajaan pilihan mereka.

    Sama2 kita saksikan akibat sikap bodoh sombong tak berakal ini nanti.

    ReplyDelete