Saturday, September 15, 2012
SEJARAH DAN AGENDA TERSEMBUNYI DAP YANG PERLU ANDA TAHU!!
Kalau kita lihat sejarah, DAP sebenarnya adalah cawangan di Semenanjung Malaysia bagi PAP, kerana dahulu Singapura adalah sebahagian daripada Malaysia , ini adalah fakta. Apabila Singapura dikeluarkan dari Malaysia maka DAP ditubuhkan pada 1965 (didaftarkan dengan rasmi pada 1966).
Pada tahun itu cawangan PAP semenanjung Malaysia dahulu dijadikan DAP. Maka DAP sebenarnya berasal dari cawangan PAP. Setiausaha Agung pertama DAP ialah Devan Nair iaitu dari 1965 hingga 1968. Dia juga pengasas kepada DAP walaupun kita juga dapat lihat Devan Nair ialah ahli PAP. Ini adalah dari sejarah.
Seterusnya, Devan Nair pada 1981 dilantik oleh (bekas Perdana Menteri Singapura), Lee Kuan Yew sebagai Presiden Singapura. Ramai orang tidak tahu siapa sebenarnya pengasas DAP dan
apa kerjaya dia sebelum itu, kenapa Devan Nair dilantik sebagai presiden. Sejarah amat penting untuk lihat apa agenda dan perjuangan sebenar sebuah parti itu, memang mereka boleh kata apa sahaja secara retorik tetapi tingkah laku dan apa yg dibuat oleh mereka adalah lebih penting daripada retorik, jadi lihat dari sejarah.
Bendera Sang Saka Malaya jelas menunjukkan pengaruh bendera negara yg mengamalkan republik dan kita tidak terkejut dengan mana-mana pihak pembangkang yang ingin buat bendera lain kerana sebelum ini pemimpin DAP telah berkata sekiranya pakatan pembangkang ambil alih Putrajaya mereka akan tukar bendera kita. Ini dilaporkan dan DAP juga telah memohon maaf, ini fakta. Mohon maaf itu soal peribadi, tetapi ia telah menunjukkan agenda tersembunyi mereka. Selalunya, bila sesorang kata, ertinya dia berhasrat, mohon maaf itu perkara lain tapi dia sudah tunjukkan hasrat.
Memang pada waktu itu DAP ada pertikai kata ini bukan agenda kami. Yalahkan siapa mahu mengaku kerana waktu itu boleh kena Akta Hasutan. Itu dulu 2011, pemimpin DAP kata, tahun ini 2012 dikibarkan pula satu bendera masa Perhimpunan Janji Bersih yang disokong oleh pihak mereka. Dari sudut undang-undang di sini ada collaboration evidence atau terma undang-undang bermaksud bukti yang mengukuhkan lagi kenyataan kalau kita lihat dalam dua insiden ini.
Selain itu, kita lihat pemimpin pakatan seperti Anwar Ibrahim pula sokong, dia kata tak salah kibar. Dari segi sejarah reka bentuk bendera itu seolah-olah Indonesia campur Singapura macam nak buat satu negara Malaya Raya iaitu Indonesia, Singapura dan Malaysia. Jadi ia negara republik, tetapi ini andaian, tak tahulah mereka mahu atau tidak tetapi kita lihat seolah-olah begitu.
Kita juga dapat lihat, mereka cuba promosikan perjuangan KMM (Kesatuan Melayu Muda) yang ditubuhkan pada 1938. Dari sejarah, kita dapat lihat KMM akan menyokong mana-mana pihak yang dapat membantu mencapai matlamat politik mereka, ini termasuk mereka berpakat dengan Jepun. Jepun bantu membiayai ambil alih syarikat surat khabar propaganda di Singapura (iaitu Warta Malaya) untuk membantu mencapai matlamat mereka....
GR kata: Kenapa nak sokong pihak oportunis macam depa nie??
No comments:
Post a Comment