Tuesday, September 18, 2012

#PRKampus: MAHASISWA JANGAN JADI BODOH IKUT 'BELAKANG' ANWAR!


Sejak akhir-akhir ini pembabitan ‘luar biasa’ dan luar batasan segelintir kecil mahasiswa cukup berani hingga ada melabelkan mereka golongan tidak terpelajar. Biarpun jumlahnya terpencil, perlakuan itu menjejaskan imej mahasiswa sehingga menjadikan sasaran masyarakat melemparkan pelbagai kritikan.

Lebih menyedihkan, golongan itu sanggup mengetepikan harga harga diri semata-mata mahu membuktikan diri berani menyahut cabaran. Justeru timbul persoalan, apakah sebenarnya yang ingin dibuktikan golongan terbabit, adakah lambang keberanian atau sekadar mahu mencari publisiti murahan?

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar, berkata tindakan itu tidak dapat diterima walau apapun alasan kerana ia mencerminkan rendahnya mentaliti pemikiran mahasiswa.

Beliau berkata, golongan itu sepatutnya menjaga reputasi dan imej mereka, bukan sekadar untuk berseronok dan menjatuhkan maruah diri.

“Saya terkilan melihat perlakuan mereka, ini bukan cermin akhlak golongan terpelajar yang kita inginkan untuk memegang tampuk pemerintahan negara kelak.

“Ia amat memalukan kerana reaksi mereka bersahaja. Ini bukan budaya timur apatah lagi orang Melayu kaya dengan budi bahasa dan tata susila.

“Kepincangan secara keseluruhan akan memberi impak berpanjangan jika tidak ditangani segera” katanya.

Perlakuan segelintir mahasiswa yang boleh dikategorikan terlalu biadap itu menjadikan masyarakat membuat tanggapan mereka adalah golongan yang sukar disandarkan harapan sebagai pemimpin masa depan.

Konflik berkenaan juga saling berkaitan sikap singkat pemikiran serta gemar menggunakan kata-kata kesat atau kurang beradab ketika mahu melontarkan pendapat. Beliau berkata, mahasiswa boleh meluahkan pandangan atau rasa tidak puas hati tetapi bukan dengan cara lucah atau menjatuhkan martabat diri, bangsa dan agama.

“Mungkin mereka tidak memikirkan kesan daripada perlakuan itu atau menyesal tetapi hakikatnya perbuatan sudah dilakukan, akibatnya kepada imej mahasiswa sendiri.

“Mahasiswa sentiasa menjadi perhatian masyarakat. Biarpun hanya melakukan kesilapan kecil, boleh meledakkan isu yang besar atau panas.

“Saya berharap mereka berhati-hati dalam perlakuan mahupun tutur kata kerana setitik nila rosak susu sebelanga.

“Di tengah kerancakan kita menyuntik dan membangunkan nilai mulia di kalangan generasi muda, ada yang menghancurkannya. Ini amat mendukacitakan,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan sikap itu berpunca daripada kalangan mahasiswa yang terlalu terpengaruh dengan kata hati dan gelodak jiwa muda.

“Masing-masing faham golongan itu sedang mencari arah kehidupan atau menikmatinya dengan cara tersendiri, namun gunakan akal secara rasional.

“Tidak usah menunjukkan ‘kebodohan’ sendiri semata - mata mahu menjadi hero. Itu bukan budaya kita,” katanya.

Kerana terlalu tunduk pada nafsu muda juga, katanya, ada di kalangan mereka merasa bangga melakukan perbuatan itu.

“Tapi sedarkah ia juga menjejaskan nama baik banyak pihak seperti ibu bapa dan institusi pengajian?

“Walaupun jumlahnya tidak ramai tetapi trend generasi muda yang bersikap kurang ajar, suka cakap lepas dan menghentam tanpa bukti perlu ditangani.

“Cuba tanya diri sendiri apa yang diperolehi melalui tindakan itu, seronok, penghargaan atau cacian?” soalnya.

Pengerusi Kolej Poly Tech Mara, Datuk Sohaimi Shahadan berkata tindakan mahasiswa yang ekstrem disebabkan meluasnya pengaruh pelbagai media massa hingga mencetuskan keterujaan melampau.

Menurutnya, meskipun peranan media seperti Internet atau blog penting, tanpa pemantauan serius, ia boleh menyebabkan keruntuhan akhlak generasi muda.

“Alaf baru hari ini menyaksikan semua maklumat tanpa mengira sama ada benar atau tidak dapat diakses dengan mudah. Ia menyebabkan ada segelintir golongan muda menjadi terlalu taksub.

“Tanpa mengambil kira apa jua faktor, mereka melempiaskan pendapat atau perlakuan sewenangnya.

“Lebih bahaya, ada pihak cuba menangguk di air keruh atau mengambil ke?sempatan. Golongan muda atau mahasiswa yang menjadi mangsa,” katanya.

Beliau turut kesal apabila golongan mahasiswa hari ini terpesong dari dunia pendidikan sebenar.

“Institusi pengajian tinggi adalah tempat yang mulia kerana di situlah tersimpan segala ilmu, bukan melakukan perbuatan me?lampau.

“Seharusnya mereka malu bertindak demikian kerana memegang status mahasiswa. Mengapa tidak mahu berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu.

“Jangan gunakan alasan melakukannya kerana tidak tahu. Itu tidak boleh diterima sebab mereka adalah golongan terpelajar,” katanya.

Beliau berkata, mahasiswa di negara ini usah terlalu agresif meluahkan rasa tidak puas hati dan melakukan kekecohan seperti di negara luar.

“Keadaan di sini tidak sama seperti di luar. Mahasiswa di negara ini menikmati pelbagai kemudahan dan akses terbaik untuk mendapat pendidikan.

“Jadi tidak perlu me?ngeruhkan situasi dengan tindakan itu sebaliknya berusaha untuk bersama-sama mengekalkan apa dinikmati ini dengan sempurna.

“Daripada membuang masa menunjuk punggung atau melakukan perbuatan tidak senonoh, buktikan diri mereka hebat dengan mencipta kejayaan dalam akademik, sukan atau penyelidikan,” katanya. - Mymetro


GR kata: Mahasiswa adalah golongan anak muda yang bakal jadi pelapis negara, jangan rosakkan masa depan korang...

No comments:

Post a Comment