Sekarang musim pilihanraya kampus berlangsung di kesemua IPTA di Malaysia. Prestasi yang cukup baik ditunjukkan oleh golongan anak muda yang bergelar mahasiswa. Kita lihat golongan ini sekarang kebanyakkannya sudah mula berfikir mana yang baik dan buruk. Jika kita lihat sebelum ini kebanyakkan golongan mahasiswa inilah yang sering kali diperdayakan oleh puak pembangkang terutama sekali Anwar Ibrahim.
Pelbagai janji manis dan fitnah yang dilemparkan membuat golongan ini senang terpedaya kerana mereka sebenarnya tidak mengetahui perkara yang sebenar. Ini adalah kerana mereka hanya berada dalam kelompok mereka saja dan tidak mengetahui apa sebenarnya yang terjadi di dunia nyata. Walaupun golongan ini kebanyakkan mendapatkan berita dari media di alam siber tapi mereka ini kebiasaannya muda terpedaya dengan janji yang diberikan oleh pihak pembangkang.
Dalam pilihanraya kampus kali ini, kemenangan besar diperolehi oleh Aspirasi Mahasiswa dan ini mengambarkan sokongan yang sangat baik diberikan oleh golongan mahasiswa terhadap transformasi yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak dalam membentuk perubahan yang inovatif untuk kepentingan mahasiswa.
Langkah yang sangat baik dilakukan oleh Kerajaan dalam menghargai golongan mahasiswa ini kerana pandangan dari mereka juga berguna untuk menambahbaikkan sistem pembelajaran di negara ini sekali gus membantu membangunkan negara ke arah negara maju.
Pelbagai kenikmatan yang diberikan oleh Kerajaan pada golongan mahasiswa ini dari segi baucar buku, pinjaman PTPTN dan sebagainya demi membantu mahasiswa untuk berjaya dalam hidup dan berjaya dalam mengejar cita-cita mereka dalam bidang yang mereka ceburi. Ternyata mahasiswa sekarang bijak berfikir untuk kebaikkan mereka bukannya hanya mengikut nafsu, kelak mereka juga yang rugi.
PETALING JAYA: Pilihan raya kampus yang berlangsung pada Khamis di lima buah universiti awam bagi memilih kepimpinan baru Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2012/2013 telah menyaksikan kumpulan Aspirasi Mahasiswa menyapu bersih kemenangan -- menewaskan Pro M.
Lima universiti yang mengadakan pilihan raya kampus pada Khamis adalah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
mStar Online diberitahu, pengumuman mengenai keputusan pilihan raya kampus ini telah pun dibuat di kesemua universiti yang terlibat oleh Jawatankuasa Pemilih Perwakilan Pelajar.
Aspirasi Mahasiswa yang pro-establishment telah menyapu bersih kesemua kerusi yang dipertandingkan di UiTM (50 kerusi), UniMAP (31), UTeM (28) dan UniSZA (24). Sementara di UTHM, mStar Online dimaklumkan Aspirasi Mahasiswa telah memenangi 25 daripada 27 buah kerusi yang dipertandingkan.
Kemenangan besar Aspirasi Mahasiswa di UiTM mengulangi kejayaan mereka pada tahun lalu yang turut menyapu bersih kesemua kerusi perwakilan. UiTM mencatat sejarah sebagai satu-satunya universiti awam di negara ini yang belum pernah menyaksikan kumpulan pro pembangkang mencapai kemenangan.
Proses pilihan raya kampus di lima universiti ini yang berlangsung sejak awal pagi ditutup pada jam 4 petang. Sementara itu, sebanyak 15 IPTA lain memilih untuk mengadakan pilihan raya kampus masing-masing pada Selasa depan (25 Sept).
Universiti-universiti berkenaan ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).
GR kata: Tahniah Aspirasi Mahasiswa dan mahasiswa yang bijak berfikir. Korang adalah pelapis negara!!
No comments:
Post a Comment