Saturday, September 22, 2012

PERMOHONAN MAAF HANYA MAINAN DAP!! LEPAS TU BUAT LAGI!!!


Kebiasaan manusia bila membuat suatu kesalahan itu selepas memohon maaf mereka tidak akan mengulanginya kembali. Apakah dengan membuat sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemarahan seseorang atau sesebuah masyarakat itu boleh dikira tidak sengaja? Pembaca lihatlah sejak dulu lagi berapa banyak provokasi tahap melampau yang dibuat oleh DAP dan pakatan pembangkang.

Provokasi yang dibuat bukannya sekali dua tapi sudah berkali-kali. Tapi kenapa masih tidak ada sebarang tindakan tegas ke atas mereka ini. Adakah dengan menyatakan permohonan maaf boleh dianggap terima pakai? Ingat apa, macam makan Pizza Hut ke...???

Dalam isu filem yang menghina Nabi S.A.W telah membuat umat Islam marah. Ini adalah satu perbuatan hina oleh puak Yahudi yang sememangnya musuh Islam sejak azali lagi. Pengerusi DAP Perak juga menokok tambah provokasi pada umat Islam di Malaysia. Beliau tidak sedar dan tak malu ke yang beliau itu rakyat Malaysia. Malaysia ini adalah negara Islam dan rakyat Malaysia menghormati hak sensitiviti perkauman dan agama. Perbuatan Ngeh Koo Ham ini ternyata kurang ajar dan GR juga berpandangan permohonan maaf beliau hanyalah 'wayang kulit' semata-mata.

Umat Islam harus sedar, agama Islam sekarang semakin dihina oleh puak Yahudi dan kita sebagai umat Islam harus bersatu demi mempertahankan agama Islam yang kita cintai. Baca lagi kenyataan Naib Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi mengenai permohonan maaf tersebut :


BAGAN DATOH 21 Sept. - Tindakan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham memohon maaf ekoran kenyataannya mempersoalkan bantahan umat Islam terhadap filem Innocence Of Muslims masih diragui banyak pihak ekoran tindakannya yang berterusan menyalahkan pihak lain.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, permohonan maaf Koo Ham itu bukan sahaja terlambat malah, masih belum dapat meredakan kemarahan umat Islam yang tersinggung dengan kata-katanya dalam laman sosial Twitter baru-baru ini.

"Kalau betul ikhlas, minta maaf secara jujur. Kalau boleh DAP buat permohonan maaf kepada seluruh umat Islam melalui televisyen. Mereka tahu umat Islam masih cukup marah dengan kata-katanya. 

"Orang ramai mahu dia ikhlas meminta maaf, jangan salahkan orang lain atas keterlanjuran sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis meraikan bakal haji di Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di sini hari ini.

Koo Ham mencetuskan kemarahan banyak pihak termasuk pemimpin agama dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana mempersoalkan sama ada protes umat Islam terhadap filem berkenaan membuang banyak masa dan tenaga menerusi laman sosial Twitternya Ahad lalu.

Tweet Koo Ham itu berbunyi: "Khairy mahu umat Islam memprotes Sam Bacile. Ia untuk Islam atau keuntungan politiknya? Adakah umat Islam membuang begitu banyak masa dan tenaga untuk ini?

Bagaimanapun Koo Ham semalam memohon maaf dan mengakui membuat kenyataan itu selepas melihat laporan berita dalam dan luar negara berhubung bantahan umat Islam terhadap filem berkenaan. - Utusan

GR kata: Pihak berkuasa janganlah berlembut sangat, nak takut ape dengan puak pakatan pembangkang nie....

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Post a Comment