Thursday, September 27, 2012

HOT!! ARTIS NIE LEBIH POWER AURANYA DARI ANWAR....MALU BEB!!!

SEPANG - Shila Amzah mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai pertandingan nyanyian Asian Wave 2012 di Shanghai, China, Khamis lepas. Tetapi, perkara yang lebih membanggakan seluruh rakyat negara ini ialah apabila pemilik nama Nur Shahila Amir Amzah ini berjaya menonjolkan konsep 1Malaysia pada peringkat akhir pertandingan itu dengan mempersembahkan lagu dalam tiga bahasa yang berjudul Gemilang, nyanyian asal Jaclyn Victor, Grenade oleh Bruno Mars dan 'Zheng Fu' oleh Na Ying.   

Bercakap kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, Shila berkata dia memilih tiga lagu itu untuk mempamerkan bakatnya, di samping menyerlahkan keindahan dan keunikan Malaysia.   

“1Malaysia memang sesuai dengan persembahan saya pada hari itu. Ia persembahan yang berwarna-warni. Malaysia memang berwarna-warni, itulah rasa rasa.   

"Saya rasa sungguh bertuah memenangi pertandingan ini dan bersyukur dengan bakat yang dianugerahkan kepada saya," katanya.

Pertandingan itu membariskan peserta peringkat akhir dari China, Korea, Selatan, Singapura, Thailand dan India.   Selepas menyampaikan lagu berbahasa Mandarin, Shila yang pernah belajar di sekolah Cina hingga darjah dua, menawan ramai peminat. Kini, penyanyi berbakat istimewa ini mendapati ada ruang untuk membawa Malaysia ke persada antarabangsa dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melakar kejayaan lebih besar.   

"Saya mendapat beberapa tawaran daripada China, tapi keputusan muktamad mengenainya akan diumumkan kemudian," kata Shila, 22, yang melibatkan diri dalam bidang nyanyian sejak 12 tahun lepas. Shila menasihati seluruh rakyat Malaysia agar tidak mudah berputus asa untuk mencapai kejayaan.

"Dalam dunia ini, apa jua pekerjaan, kita jangan pernah putus asa. Walaupun kadangkala perlu menunggu untuk satu tempoh yang lama, namun apabila kejayaan dapat dikecapi, ia amat berbaloi," katanya.   

Sementara itu, bapa Shila, penyanyi terkenal era 80-an, ND Lala, berkata kemenangan itu bukan saja untuk Shila, tetapi juga untuk seluruh rakyat Malaysia yang cintakan dunia seni. Katanya persembahan Shila pada pertandingan itu melambangkan keharmonian kaum di negara ini.   

“Bila kita beri gambaran ini (keharmonian kaum) mereka sangat kagum dengan pencapaian negara ini,” katanya. - Bernama

GR kata: Lebih baik harumkan nama negara dimata dunia, bukan fitnah dan burukkan nama negara sana sini...siapakah dia???

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Post a Comment