Friday, August 17, 2012
ORANG LAIN JADI AHLI PARLIMEN, ORANG LAIN YANG BUAT KERJA!! @rizalmanmokhtar #bn4wp
Alhamdulillah...malam tadi sekali lagi rakyat Bdr Tun Razak berasa syukur ke hadrat Ilahi dengan rezeki yang mereka terima sempena menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut hari Ahad ini insyaAllah.
Program bantuan yang dikenali Kembara Ramadhan Siri ke-4 diteruskan lagi demi membantu meringankan beban rakyat. Malam tadi juga pemberian bantuan ini diberikan kepada seluruh rakyat Bdr Tun Razak ke setiap rumah dan tidak mengira parti serta latar belakang mereka. Program Kembara Ramadhan ini adalah kerjasama antara Pergerakan Pemuda UMNO Bdr Tun Razak dan Koperasi Ukhwah Berhad.
Bantuan disampaikan oleh Ketua Pemuda UMNO Bdr Tun Razak, YBhg Datuk Rizalman Dato' Mokhtar yang juga merangkap Ketua Pemuda W.Persekutuan. Pihak Koperasi Ukhwah juga menyampaikan zakat kepada mereka yang memerlukan.
Respon yang baik dari kalangan mereka yang menerima bantuan, mereka berbanyak terima kasih kerana bantuan yang diterima sedikit sebanyak dapat meringankan beban untuk menyambut hari lebaran yang bakal tiba. Bantuan yang diberikan merupakan barangan keperluan harian dan sumbangan zakat.
Lihat gambar di bawah sekitar program malam tadi :
GR kata: Mana laa Ahli Parlimen Bdr Tun Razak nie? Puasa dah nak habis pun tak nampak batang hidung...!!!
No comments:
Post a Comment