Tuesday, August 21, 2012

KENAPA PEMIMPIN PAKATAN TAKUT DENGAN KARPAL SINGH??


Negara Islam...itulah yang ingin diperjuangkan oleh PAS jika mereka berjaya menakluk Putrajaya pada PRU 13 nanti. Tapi itu hanyalah  omong kosong yang dijanjikan oleh PAS pada rakyat Malaysia. Bukankah Malaysia sejak dulu lagi merupakan negara Islam selepas Islam berkembang di Malaysia.

Jangan pulak lepas nie ade kita dengar Islam berkembang di Malaysia adalah disebabkan 'dakwah PAS'.....alamatnya sesatlah umat Islam. Dalam isu Hudud, Karpal Singh betul berkeras untuk tidak mahu laksanakan hukum hudud di Malaysia malah akan berjuang tidak mahu laksanakan negara Islam. Ini bermaksud beliau sendiri tidak menyokong Malaysia sekarang yang sememangnya negara Islam. Pembaca sekalian fikir-fikirkanlah jika mahu Malaysia ini sentiasa selamat dan rakyatnya hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang.

GR musykil kenapa pemimpin pakatan haprak yang lain tak berani bersuara yer? Baca lanjut di bawah :
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Penganalisis politik di negara ini tertanya-tanya dengan tindakan DAP yang meletakkan tanggungjawab menjelaskan penentangan parti itu terhadap hudud dan negara Islam PAS sepenuhnya di bahu Pengerusinya, Karpal Singh.

Rata-rata mereka mempersoalkan tindakan berdiam diri pemimpin kanan DAP lain termasuk Penasihatnya, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng sebaliknya membiarkan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu keseorangan.

Pensyarah Geopolitik, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia! Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali (gambar) berkata, pemimpin DAP yang lain berkemungkinan memilih pendekatan jalan selamat untuk tidak menyentuh isu itu. Katanya, taktik itu berkesan bagi membolehkan mereka menuding jari ke arah Karpal sekiranya pertikaian isu tersebut berada di luar kawalan sehingga meretakkan hubungan DAP dan PAS. - Utusan


GR kata: Pemimpin pakatan semua kecut takder teloq. Mesti ada udang sebalik mee kan??

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

Post a Comment