Sunday, August 12, 2012

ANWAR IBRAHIM 'KING OF FROG'!!


PADANG RENGAS 11 Ogos - Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa terdapat beberapa lagi pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah akan melompat parti bukan sesuatu yang menghairankan kerana Ketua Pembangkang itu sendiri adalah contoh pemimpin yang suka melompat parti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, dakwaan itu tidak akan menjejaskan BN kerana ia adalah perkara biasa menjelang pilihan raya umum.Sambil menyifatkan Anwar sebagai 'bapa segala katak', Mohamed Nazri berkata, tindakan dua pemimpin BN Sabah yang melompat parti baru-baru ini sememangnya sudah dijangka kerana tahu mereka tidak akan dicalonkan lagi.

"Wakil rakyat atau pemimpin UMNO tidak dicalonkan untuk bertanding, jadi mereka telah ambil tindakan awal terpaksa lompat (parti) macam katak kerana mahu bertanding dalam pilihan raya. Kalau Anwar nak ambil mereka yang tak akan dicalonkan lagi untuk masuk parti dia, ambillah. Anwar pun bapa katak sebab dulu dia dari ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) masuk UMNO dan lompat parti ke PKR (Parti Keadilan Rakyat). Tak hairan kalau dia terima golongan sendiri, katak akan terima katak," katanya.

Sementara itu Mohamed Nazri memberitahu, kerajaan tidak menghalang penganjuran perhimpunan 'Janji Bersih' yang akan diadakan pada 30 Ogos ini selagi ia diadakan secara aman dan bertamadun. Menurut beliau, perhimpunan itu dibolehkan selaras peruntukan yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Kalau mereka hendak berkumpul, tiada masalah kerana ia ada (dibenarkan) dalam Akta Perhimpunan Aman. Tapi biarlah diadakan secara aman seperti diperuntukkan undang-undang. Berkumpul seperti orang bertamadun," katanya. - Utusan


GR kata: Lompat si katak lompat, lompatlah tinggi2....tapi apa pun tak boleh!!

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

Post a Comment