Isu Air di Selangor masih belum ada penyelesaiannya lagi dan baru-baru ini kerajaan Selangor berhasrat untuk mengambilalih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) selepas mendakwa syarikat berkenaan tidak memberikan perkhidmatan memuaskan kepada rakyat, menarik juga bunyinya itu. Adakah dengan cara pengambilalihan ini kerajaan Selangor yakin dapat menyelesaikan masalah air di Selangor? Boleh percaya ker???
Seperti biasa alasan yang diberikan cukup mudah, Khalid Ibrahim a.k.a Khalid Gagap mendakwa SYABAS adalah punca berlakunya kekurangan bekalan air terawat di Lembah Klang.
Katanya, ketidakmampuan SYABAS itu dilihat menerusi tunggakan syarikat itu kepada operator rawatan air sebanyak RM 2.8 bilion sehingga April tahun ini, selain gagal menurunkan kadar air tidak berhasil sebanyak 20 peratus mengikut perjanjian konsesi.
Khalid Gagap mendakwa lagi, laporan audit yang dilakukan oleh kerajaan negeri, SYABAS juga tidak melaksanakan perbelanjaan modal mereka dengan baik. Senangnya puak pakatan ni nak lari dari masalahkan.
Persoalannya, mampukah kerajaan Selangor memberi jaminan sekiranya mereka mengambil alih tugas-tugas SYABAS ini, rakyat di negeri Selangor akan dapat ‘lari’ daripada masalah bekalan air? Masalah air ini boleh dibuat main macam main dam haji ker? Rakyat perlukan air yang bersih untuk kegunaan harian. Barisan kepimpinan pakatan Haprak negeri Selangor boleh ker minum atau gunakan air yang kotor. Jawablaaaaaa...!!!
Apa yang GR katakan tentang Isu Air di Selangor ini adalah mengenai fakta, bukannya hentam keromo untuk mencari kelemahan pentadbiran kerajaan Selangor. Tapi ini adalah hakikat yang sebenar. Jika mereka ini adalah sebuah parti yang tidak mempunyai cacat celanya, semuanya dalam keadaan baik manakan boleh ada masalah seperti ini betul tak? Sudahlah janji-janji PRU 12 yang ditaburkan pada rakyat masih TIDAK DITUNAIKAN. Lagi mau cakap banyak ka??
Sebagai contoh, perkhidmatan kutipan sampah kerajaan Selangor sendiri tidak mampu untuk menguruskan kerja mengutip sampah dengan baik apabila khidmat itu diambilalih tahun lepas. Mereka siap belanjakan RM200 juta untuk membeli lori kompaktor, tetapi pengurusan mengutip sampah menjadi lebih teruk daripada dahulu. Macam mana tue? Takkan itu semua salan UMNO/BN?
Senang betul si Khalid Gagap ni cakap, isu air tidak meruncing di Selangor seperti yang disangkakan. Hakikat sebenarnya rakyat mula mengeluh kerana terpaksa berhadapan dengan masalah bekalan yang sering TERPUTUS setiap kali mereka memerlukan keperluan air tersebut.
Lihat video di bawah :
Khalid Gagap nie boleh buat lawak lagi, beliau dakwa Selangor ada 7 buah empangan dan bekalan air tersebut cukup sangat dan sampai melimpah ruah. Kalau sampai melimpah kenapa rakyat mengeluh?? MB apa macam ni tahap pemikiran macam budak sekolah. Lepas tu si penasihat ekonomi Selangor tu pulak buat apa goyang kaki saja ka??
Sebenarnya untuk pengetahuan pembaca sekalian, telah berlaku penurunan paras air yang mendadak sejak bulan lalu dibeberapa kolam takungan sehingga ada yang mencapai negatif berbanding jumlah simpanan yang sepatutnya iaitu minimum 20 peratus.
Keadaan itu berlaku kerana tekanan air rendah dan ada tempat tidak mendapat bekalan terutama di daerah Petaling, Klang, Kuala Lumpur dan Hulu Langat melibatkan seramai kira-kira 1 juta pengguna.
Kalau betul si Khalid Gagap dan puak pakatan Haprak pentingkan nasib rakyat, ingin membela rakyat seperti yang dilaung-laungkan dalam ceramah diaorang...selesaikan dulu masalah air di Selangor ni. Bukan ker korang pegang saham terbesar dalam SYABAS, takkan itu pun tak boleh buat keputusan untuk kebaikan rakyat.
GR kata: Khalid Gagap, Ronnie Liu, Teresa Kok dan Pak Anuwar boleh ker mandi air masjid or air perigi??
1.Persoalannya, mampukah kerajaan Selangor memberi jaminan sekiranya mereka mengambil alih tugas-tugas SYABAS ini, rakyat di negeri Selangor akan dapat ‘lari’ daripada masalah bekalan air? ...bagi la pegang dulu tengok macam mana.
ReplyDelete2.Khalid Gagap nie boleh buat lawak lagi, beliau dakwa Selangor ada 7 buah empangan dan bekalan air tersebut cukup sangat dan sampai melimpah ruah. Kalau sampai melimpah kenapa rakyat mengeluh?? ...kalau rumah kite ade air,tapi paipnye rosak,macam mane air nak mengalir kn???
nak pegang berapa lama lagi wahai tukang comment? 10 tahun lagi baru boleh selesai ker? minum air longkang jawabnya.. :)
ReplyDeleteSdr kalau rumah takder air salahkan siapa??