Monday, July 16, 2012
Perbezaan #HimpunanHijau Ke Putrajaya PAS Dengan Himpunan #1M4U #1M4Uvolunteers ??
Semalam sekali lagi Malaysia mencipta sejarah baru melalui Program 1Malaysia Untuk Belia (1M4U) dengan dihadiri seramai lebih 50 ribu orang sukarelawan di KLCC. Program ini bermula dengan 16 program kemasyarakat di 16 lokasi yang telah ditetapkan. Golongan Belia ini turut serta membuat kerja-kerja amal seperti gotong-royong membersihkan kawasan masyarakat setempat, memberi bantuan dan macam-macam lagi.
Yang lawaknya semalam juga puak-puak PAS ini membuat #HimpunanHijau ke Putrajaya di Kuala Selangor. Dah nampak macam nak lawan dengan program yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan. Pembaca lihat di atas gambar yang GR ambil dari FB Milo Suam, agak-agak ramai tak yang hadir di himpunan tersebut?? Hehe hehe
Dan-dan tu jugaklah diaorang ni ada skuad bermotor dalam himpunan ni. Bukan tiru program yang dianjurkan oleh UMNO/BN ka?? Lawakla depa ni kan...Hehehe. Tapi kenapa skuad bermotor diaorang hanya BERJAYA kumpulkan seramai ini sajakah?? Cuba lihat gambar di bawah :
Gambar di atas inilah suatu momentum sebenar yang ditunjukkan oleh golongan Belia. Inilah skuad bermotor yang rata-ratanya dari kalangan anak muda yang sentiasa menyokong dasar Kerajaan. Gambar di atas bukan ini saja malah semalam seluruh kawasan di sekitar Lembah Klang skuad bermotor berjaya dikumpulkan dan mereka ini sebelum bergerak ke KLCC mereka juga turut serta membuat kerja-kerja amal membantu masyarakat.
Program kemasyarakat seperti inilah yang seharusnya diterapkan dalam hati rakyat Malaysia. Bukannya dengan menerapkan persepsi yang tidak baik dalam fikiran rakyat Malaysia kerana tidak ada gunanya dengan memburukkan program yang baik dilakukan untuk rakyat Malaysia.
Kesimpulannya #HimpunanHijau ke Putrajaya yang dianjurkan oleh PAS semalam di Kuala Selangor tidak mendapat sambutan oleh masyarakat di kawasan tersebut kerana mereka sudah muak dengan FITNAH dan JANJI PALSU yang diberikan oleh Pakatan Haprak. Sudah tentu di #HimpunanHijau ini ceramah yang diberi semua dalam bentuk memfitnah dan memburuk-burukkan Kerajaan, betul tak??
Lihat perbezaan gambar-gambar di KLCC dan K.Selangor di bawah :
Puak-puak menunaikan solat Asar berjemaah di Stadium K.Selangor...kenapa tak pi solat kat masjid di situ...bukankah hanya 50 meter saja jarak antara stadium dan masjid? Kawasan ni lebih suci dan afdal ker?? Tiket direct menuju ker Syurga ker?? Fikir-fikirkanlah....
Inilah momentum yang ditunjukkan oleh anak muda sekarang. Mereka sudah mula berfikir inilah Kerajaan yang boleh membimbing dan membantu golongan anak muda mencapai apa yang terpendam dalam hati mereka. Suara anak muda didengar oleh YAB Perdana Menteri dan disokong penuh oleh beliau apa yang diinginkan oleh anak muda. Golongan anak muda adalah pelapis negara...
GR kata: Anak muda bijak berfikir demi masa depan negara yang lebih baik....
No comments:
Post a Comment