Sunday, July 1, 2012

PANAS: VVIP KANTOI BEROMEN DENGAN AWEK MANA? ADA CCTV?


Mahkamah Majistret di sini, semalam memaklumkan pihak pendakwa berjaya memperoleh bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi kes cabul yang dihadapi seorang kenamaan, dua tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, S Kavitha memaklumkan perkara itu kepada Majistret Shamsol Azwa Martadza ketika kes terhadap Ketua MCA Bahagian Lenggong, Ng Tian Poh @ Ng Thiam Poh, 64, disebut semula.

“Rakaman CCTV itu diambil daripada Kelab Diraja Ipoh. Kita juga memperoleh laporan pemeriksaan dari Jabatan Forensik Ipoh dan gambar dari rakaman pada hari kejadian,” katanya.

Shamsol Azwa kemudian menetapkan kes itu disebut semula pada 27 Julai depan.

Tian Poh yang diwakili peguam Mahinder Singh didakwa pada April lalu atas tuduhan mencabul kehormatan seorang pakar kecantikan di sebuah bilik bar di kelab berkenaan antara jam 6 petang dan 9 malam pada 30 Disember 2010.

Menurut laporan polis yang dibuat mangsa sehari kemudian, dia mendakwa teman lelakinya minum bersama tertuduh dan beberapa rakan termasuk seorang pemimpin politik bergelar Datuk.


Mangsa mendakwa tertuduh yang duduk di sebelahnya telah mencabulnya, bagaimanapun, seorang rakan mangsa kemudiannya menghentikan perbuatan tertuduh sebelum mangsa meninggalkan tempat berkenaan.


GR kata: Khabarnya VVIP tersebut dari Perak. Siapakah orangnya?? Jeng jeng jeng....

No comments:

Post a Comment