Monday, July 23, 2012

#KrisisAirSelangor: SIAPA SEBENARNYA YANG BERKUASA??

Sepanjang tempoh beberapa minggu ini, kerajaan Selangor di bawah pimpinan Khalid Ibrahim memberikan bayangan bahawa masalah air di Selangor adalah disebabkan oleh SYABAS, catuan air disebabkan oleh SYABAS, pendek kata SYABAS salah, kerajaan Selangor tak salah. Boleh macam tu pulak yer?? Kalau pentadbiran negeri bermasalah nak salahkan siapa? Rakyat ker?? Senang betul jawapan pakatan Haprak ni kan....

Tapi hari ini cerita sudah tukar jadi lain, macam cerita wayang gambar pun ada gak....Kerajaan Selangor secara tiba-tiba jadi begitu berkuasa dalam masalah air ini, bukan SYABAS lagi dah. Terlalu berkuasa kerajaan Selangor itu sehingga ke tahap boleh mengarahkan SYABAS buat itu, jangan buat ini dan apa segala yang lain. Siapa yang menguruskan pentadbiran air sebenarnya nie??

GR difahamkan sekarang nie SYABAS dilarang keluar notis catuan air yang dah dikeluarkan sebelum ini, hanya kerajaan Selangor saja yang boleh. Kenapa boleh jadi macam tu? Pihak mana yang sebenarnya yang kawal tentang masalah air ni??

Soalan GR senang saja, mana perginya ‘kuasa’ kerajaan Selangor, dah hilang ker? Kalau dikira banyak statement Khalid Ibrahim sepanjang perkembangan beberapa minggu ini, kelihatannya kerajaan negeri macam ‘hopeless’, tidak terdaya berbuat apa sebab semuanya berkenaan air ini diuruskan oleh SYABAS.

Kita tengok apa dah jadi sekarang? Semua orang tahu bahawa Kerajaan Selangor memegang 30% saham dalam SYABAS, menjadikannya pemegang saham terbesar, tapi tak nampak macam pemegang saham terbesar pun, sehinggalah hari ini. Jadi pemegang saham yang hanya nak kaut UNTUNG ker??

GR ingin nyatakan di sini, sebelum ini Khalid Ibrahim kata SYABAS gagal, sebenarnya itu adalah kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Haprak ini yang gagal. Khalid kata SYABAS sabotaj, sebenarnya Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Haprak yang sabotaj. Akhir sekali, bila Khalid Ibrahim kata SYABAS gagal, kerajaan Pakatan Haprak inilah sebenarnya yang gagal!! Sebabnya mudah, SYABAS adalah dimiliki antaranya oleh Kerajaan Selangor sendiri!!

Kesian GR lihat, begitu mudah puak-puak Pakatan Haprak ini diperdayakan. Mereka percaya bulat-bulat cakap Khalid Ibrahim yang kerajaan negeri tak salah, SYABAS yang salah. Tapi sekarang kita tahu kerajaan Selangor sebenarnya yang SALAH.

Hakikatnya, SYABAS hanya satu dari beberapa komponen berkaitan air di Selangor. Masih ada ABBAS, Puncak Niaga dan SPLASH, disamping SYABAS...setiap satunya ada fungsi masing-masing. Agak-agak orang Selangor dan puak-puak Pakatan Haprak percaya terus ker dengan apa yang disampaikan oleh Khalid Ibrahim atau sebaliknya...

Agak-agak rakyat Selangor dan puak-puak Pakatan Haprak tahu tak SYABAS takde kaitan dengan empangan penuh ke kering? Bidang kuasa SYABAS hanya pada air yang terawat, bukan air yang belum dirawat, dalam empangan tu air belum dirawat? Jadi si bodoh mana yang tunjuk gambar empangan penuh dan kemudian menyalahkan SYABAS kerana air dicatu? Macam mana tu Khalid Gagap, boleh tolong jawab tak??
Sekali lagi Khalid Ibrahim berjaya menipu seluruh rakyat Selangor, si bebal puak Pakatan Haprak pun ternganga ditipu hidup-hidup...BANGANG!!!

GR rasa cukup setakat ini GR ulas pasal krisis air di Selangor ni. Ada lagi kisah dan tindakan penyelewengan yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor ini, akan GR ulas di artikel seterusnya. Cuma GR ingin tahu mana perginya 5 consultant yang dilantik oleh Kerajaan Selangor untuk membantu menguruskan air di Selangor? Mana perginya syarikat-syarikat ini?? Tak cukup ker dengan syarikat-syarikat di atas diberikan kerja tapi masih jadi masalah...yang jadi mangsa RAKYAT!! Fikir-fikirkanlah yer....


GR kata: Consultant yang bagi endorsement air Selangor sampai 2019 tu mana pergi, Dah lari ke? Takkan dah kaya hilang terus kot?? Teruk betul Pakatan Haprak ni sakau duit rakyat....

No comments:

Post a Comment