Sunday, July 29, 2012

#JanjiDitepati : BANTU MASYARAKAT TAK KIRA LATAR BELAKANG - @rizalmanmokhtar


Kesetiaan rakyat menyokong penuh hasrat dan prinsip kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia amatlah dihargai walaupun sokongan tersebut tidak ditunjukkan secara terbuka. Berkat sokongan rakyat, kerajaan melalui Yayasan Sepakat Malaysia (MySepakat) telah melancarkan program Sumbangan Kasih Sayang PM yang bertujuan khas membantu mencari, mengambil maklumat golongan sasaran.

Bantuan yang diberikan juga tidak mengira latar belakang seseorang walhal dari parti mana sekali pun kerana mereka ini juga adalah rakyat Malaysia. Golongan mereka yang menerima bantuan dalam program ini terdiri daripada ibu tunggal, ahli keluarga yang mengidap penyakit kronik dan sebagainya.

Sumbangan yang diberikan oleh MySepakat dengan kerjasama Pemuda UMNO Bdr Tun Razak merupakan barangan keperluan dapur dan juga harian. Ini juga dapat mengurangkan sedikit beban pada keluarga yang menerima dalam menyambut Ramadhan Al-Mubarak.




"Sumbangan kami ini diharapkan dapat meringankan beban keluarga penerima".

"Ini adalah tanggungjawab kita selaku wakil kepada kerajaan Barisan Nasional hari ini. Melalui program sebegini, kita dapat mengenali masyarakat dengan lebih dekat dan mendengar isi hati mereka".

"Ini kerana maklumat yang dikumpulkan tersebut boleh disalurkan kepada kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Lembaga Zakat bagi mengenal pasti individu atau keluarga yang wajar dibantu secara berterusan". 

- Datuk Rizalman Dato Mokhtar, Ketua Pemuda UMNO Bdr Tun Razak dan W.Persekutuan


Selanjutnya baca DI SINI


GR kata: Mana Ahli Parlimen Bdr Tun Razak?? Duk goyang kaki jerk...syoknyaa!!

No comments:

Post a Comment