Saturday, July 28, 2012
HOT NEWS: ARSENE WENGER NAK BELI GOAL KEEPER MALAYSIA??
Ketangkasan penjaga gol kebangsaan, Mohd. Farizal Marlias yang beberapa kali menyelamatkan gawang Malaysia daripada dibolosi Arsenal pada aksi persahabatan kelmarin, mendapat pujian pengendali Gunners, Arsene Wenger.
Dia menyifatkan pemain yang mewakili Negeri Sembilan itu sebagai 'fantastik'.
Jaringan gol cantik Mohd. Azmi Muslim dari jarak 25 meter memang detik istimewa perlawanan tersebut, namun tidak kurang penting ialah peranan Farizal yang memastikan skuad Datuk K.Rajagobal tidak dibelasah. Pada aksi persahabatan tahun lalu, Arsenal mengalahkan skuad kebangsaan 4-0.
"Penjaga gol (Farizal) sememangnya fantastik dan pandai membaca permainan," puji Wenger ketika Gunners dibelenggu krisis penjaga gol sejak beberapa tahun ini sehinggalah kemunculan Wojciech Szczesny.
Farizal, 26, kini merupakan pencabar Khairul Fahmi Che Mat untuk posisi No. 1 gawang kebangsaan apabila mempamerkan tahap ketenangan tinggi di samping bijak menghidu ancaman lawan di sepanjang perlawanan.
Hanya kelekaan pertahanan menyebabkan Farizal tewas dua kali menerusi gol Thomas Eisfeild dan Chukwuemeka Aneke pada tiga minit akhir perlawanan.
Salah satu insiden yang memperlihatkan keupayaan Farizal adalah pada minit ke-66 apabila pemain kelahiran Pahang itu bijak meluru keluar untuk menggagalkan percubaan Benik Afobe ketika berdepan satu lawan satu.
Lain-lain pemain kebangsaan turut mencuri tumpuan Wenger termasuk tonggak pertahanan tengah, Aidil Zafuan Abd. Razak, dua penggerak jentera tengah iaitu kapten Safiq Rahim dan Gary Steven Robbat serta pemain sayap kiri, S.Kunanlan.
"No. 7 (Aidil) saya minat kekentalan pertahanannya, begitu juga dengan No.8 (Safiq). No.15 (Gary) beraksi cemerlang sebaik dia dimasukkan dan No.16 (Kunanlan)... secara keseluruhannya, ramai pemain bagus saya dapat lihat (dalam pasukan Malaysia)," ujarnya.
GR kata: Tahniah pasukan Harimau Malaya...korang main memang best aritue!!
No comments:
Post a Comment