Wednesday, July 25, 2012

BANGANG PUNYA ANAK! BUNUH EMAK SEBAB TAK NAK PUASA!!


TELUK INTAN: Seorang pemuda berusia 19 tahun bertindak biadab dan kejam terhadap ibunya apabila menetak kepala wanita itu dengan parang sebelum mencekik mangsa sekuat hati hanya kerana berang selepas dinasihati supaya berpuasa.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Redang Ponggor, Chenderong Balai di sini, jam 2 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, mangsa berusia 40-an memarahi anak sulungnya itu, seorang penganggur yang enggan berpuasa walaupun sudah banyak kali ditegur.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa yang juga suri rumah menyediakan juadah berbuka puasa di dapur, namun suspek tiba-tiba mengamuk dan mencapai sebilah parang lalu menetak kepala mangsa.

“Mangsa yang terkejut dengan tindakan ganas anaknya itu melarikan diri dengan keluar melalui pintu dapur. Namun, suspek yang masih tidak berpuas hati mengejar ibunya sebelum mencekik leher wanita itu sekuat hati. Mujur adiknya menghalang suspek daripada terus mengganas. - myMetro


GR kata: Makin kurang ajar budak-budak zaman sekarang...Salah siapa??

No comments:

Post a Comment