Saturday, June 9, 2012
PRIHATIN: KENAPA IBU ADIK INI MENANGIS DEPAN @NajibRazak?
Air mata ibu Adam Akbar Ali, Siti Rogayah Syed Ismail tiba-tiba menitis sebaik sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bersedia membantu mereka sekeluarga mempercepatkan urusan membuat visa bagi menjalani pembedahan di Hospital John Hopkins, Amerika Syarikat.
Ibu berusia 34 tahun itu pada mulanya lebih banyak mendiamkan diri dan melayan keletah anaknya ketika kunjungan Adam yang menghidap tumor saraf tunjang ke Pejabat Perdana Menteri pagi semalam. Katanya, beliau begitu terharu dengan tindakan serta-merta Perdana Menteri mengarahkan pegawainya membantu mereka sekeluarga menyelesaikan beberapa urusan dokumen termasuklah visa.
"Begitu juga penerimaan kunjungan hari ini, dalam kesibukan sebagai orang paling penting dalam negara, Datuk Seri Najib masih mampu meluangkan masa menerima kami.
"Sebelum menjalani pembedahan, anak sulung saya sangat berharap dapat berjumpa dengan beliau, Alhamdulillah semuanya dapat dilakukan dalam masa beberapa hari lagi Adam dijadualkan menjalani pembedahan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sinar Harian, pada 25 Mei lalu, melaporkan Adam berhasrat bertemu dengan Perdana Menteri yang dianggap sebagai idolanya.
Impian yang direalisasikan Sinar Harian dan mendapat persetujuan Najib sememangnya mempotretkan jutaan kenangan kepada anak kecil darjah empat Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam. Najib meluangkan masa hampir 15 minit untuk bermesra dengan Adam yang ditemani ibunya, Siti Rogayah dan ayahnya, Akbar Ali Mohamed Noordin.
Sebelum itu, Adam menyampaikan sekeping kad ucapan tulisan tangan kepada Najib berbunyi “Salam Datuk Seri Najib. I Love U. Terima Kasih” dan dibalas Najib kepadanya, "Kpd (kepada) Sdr (saudara) Adam Akbar, semoga ALLAH akan memberi Rahmatnya kpd Adik Adam dalam menjalani pembedahan. Saya berdoa adik Adam akan cepat pulih”.
Dalam pertemuan singkat itu, Najib juga meminta Pejabat Perdana Menteri menghubungi pihak Hospital John Hopkins untuk memberi rawatan terbaik kepada Adam. Beliau juga menyampaikan sumbangan peribadi kepada Adam. - SH
GR kata: Terima kasih YAB PM yang sentiasa prihatin pada rakyat...Doakan semoga Adik Adam selamat menjalani pembedahan dengan baik dan sihat seperti kanak-kanak lain.
No comments:
Post a Comment