Monday, June 18, 2012
PANAS: NAZMI BERTUMBUK DALAM PADANG!!
Petang tadi berlangsung perlawanan persahabatan antara Malaysia u-22 dan Qatar u-22 di Shah Alam yang berkesudahan Malaysia berjaya menewaskan Qatar 2-0 hasil jaringan gol Irfan Fazail minit ke 27′ dan Rozaimi Abd Rahman minit ke 69′.
Namun apa yang menjadi perlawanan lebih hangat apabila key player Malaysia Nazmi Faiz yang baru saja menandatangi kontrak bersama kelab portugal sc-beira mar itu dilayankan kad marah atas sebab tindakkan beliau menumbuk kapten pasukan Qatar.
Dalam insiden itu Nazmi memohon maaf terhadap tindakkannya itu dan menyifatkan ianya tidak ada kena mengena dengan kisah peribadinya dan mengakui hanya gagal mengawal emosi sahaja.
Sementara itu, pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee menasihatkan Nazmi supaya bertindak lebih profesional dan matang.
KENYATAAN ONG KIM SWEE :
“Dia masih muda. Perasaan marah itu memang biasa dalam usia sebegini. Saya nasihatkan agar dia mengawal emosinya dan bertindak lebih matang di masa akan datang,” jelasnya.
Dalam pada itu ramai yang menyifatkan tindakan Nazmi Faiz itu adalah tekanan emosi dari kritikan sebuah akhbar yang tentang “NAZMI BUKAN PLAYBOY” yang disiarkan dimuka hadapan akhbar hari ini.
GR kata: Nazmi terus mohon maaf....sorang pemimpin politik tu bila nak mengaku dan mohon maaf yer??
No comments:
Post a Comment