Wednesday, June 20, 2012
PANAS: KHALID ISMATH 'MELUTUT' PADA @Khairykj SEMALAM? @datosahol #UiTM
Peribahasa Melayu ada berkata "Kerana nila setitik rosak susu sebelanga"... Inilah hasil kerja bodoh seorang pelajar UiTM dari Jurusan Undang-undang Khalid Mohd Ismath yang terlibat dengan 'Demo PTPTN' dan ber'khemah' di Dataran Merdeka . Disebabkan beliaulah imej dan maruah pelajar UiTM tercalar . Selain terlibat dengan demontrasi jalanan, Khalid Ismath turut terlibat mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan di laman facebooknya sehingga dirinya disiasat oleh pihak berkuasa.
Atas rasa tanggungjawab dan demi memulihkan imej UiTM, mahasiswa dari Jurusan Undang-Undang UiTM Shah Alam semalam mengadakan satu majlis dialog bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin bertempat di Khulafa Bistro, Seksyen 7 Shah Alam malam tadi.
Program bermula jam 8.30 malam mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan dengan dihadiri lebih 130 mahasiswa UiTM. Mereka berinteraksi secara santai dan bertanya sebarang soalan kepada YB KJ dan dijawab terus oleh KJ. Program juga turut dihadiri oleh Pegawai HEP, En Wan Rahiman dan juga Exco Pemuda UMNO Malaysia, Sdr Tun Faisal Ismail Aziz.
Lihat foto di bawah suasana sekitar program tersebut :
Baca juga DI SINI dan juga DI SINI
GR kata: Budak syiah tue patut datang program ni semalam, kasi dia sedar sikit....
No comments:
Post a Comment