Monday, June 18, 2012
PANAS: ARTIS KUMPULAN POPULAR BAKAL KE TALI GANTUNG??
Pasti ramai pembaca membesar dengan lagu kumpulan New Boyz. Tidak kiralah samaada anda menyukainya atau membenci, namun mahu atau tidak tetap mengenali lagu-lagu mereka yang begitu popular suatu ketika dulu. Sehinggalah New Boyz mula suram dan ahli kumpulan bersilih-ganti sehinggalah Tomok membawa haluan secara solo dan akhirnya kekal popular hingga ke hari ini selepas memenangi pertandingan One In a Million.
Bagaimana pula dengan yang lain? Radin Irwan Dzul Karnain Isagani, 32, atau Zack merupakan pemain bass untuk kumpulan itu. Seingat kami, Zack bukanlah ahli asal kumpulan New Boyz tetapi menggantikan pemain Bass asal yang mengundur diri ketika itu. Kalau tak silap kami, Syuk ke atau apa namanya. Apapun itu semua kisah lama.
Apa yang terkini, Zack kini berdepan dengan hukuman gantung apabila didakwa atas tuduhan mengedar 1.321 KG ganja di sebuah kondominium di Damansara, dua tahun lalu. Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, Zack didakwa mengedar 1.321kg ganja di K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, jam 9.20 malam, pada 26 Januari 2010.
Zack yang juga bapa kepada dua anak didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, perbicaraan kes Zack itu akan disambung pada 24 September depan selama lima hari berturut-turut.
Sebelum ini juga, ada banyak pihak yang berasa pelik dengan kehidupan Zack yang dikatakan terlalu mewah dan ramai yang mempersoalkan pekerjaannya. Apapun kita tunggu sahaja perkembangan kisah ini selepas perbicaraan bersambung nanti.
GR kata: Jauhi Dadah kerana boleh membunuh serta merosakkan masa depan diri dan negara.
No comments:
Post a Comment