Wednesday, May 16, 2012

PANAS: RAKYAT NAK BERDEMO NO HAL! APA CITE NI?? #HBN2012

 

Timbalan Perdana Menteri mengajak golongan muda supaya duduk berbincang dengan mesra bersama kerajaan dalam menyuarakan suara hati masing-masing. Menyifatkan pendekatan itu lebih baik, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, melalui platform Parlimen Belia Malaysia yang diwujudkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), anak muda zaman ini boleh terlibat dalam menggubal dasar membabitkan negara.


"Tidak perlu susah payah berdemonstrasi, himpun sana sini, hanya membuang masa kerana kita boleh duduk berbincang dengan baik. Kerajaan sentiasa mencari peluang untuk mendekatkan diri dengan anak muda kerana percaya golongan itu mampu memacu negara ke arah lebih maju," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan sambutan Hari Belia Negara 2012 di pusat beli-belah Sunway Pyramid di sini semalam.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili dan Ketua Setiausaha KBS, Datuk Mohid Mohamed. - Kosmo



GR kata: Datang jangan tak datang..ajak kawan-kawan dan sedara-mara semua ke Putrajaya pada 23-27 Mei 2012.

No comments:

Post a Comment