Monday, May 14, 2012
PANAS: LAGI PUSAT JUDI DI SELANGOR! MB @Khalid_Ibrahim JOIN SEKALI..?? #MBmalas
Memandangkan berjudi dengan hanya satu klik masih tidak mencukupi, laman web perjudian kini menawarkan nilai taruhan serendah RM8 kepada rakyat Malaysia. Ketika pertaruhan sukan secara dalam talian menjadi kebiasaan di kalangan pelanggan dengan bola sepak dijadikan taruhan utama, laman web perjudian haram telah memperluaskan aktiviti tersebut termasuk bidang politik dan hiburan.
Pautan di jaringan media sosial membawa kepada laman web di mana pengguna hanya perlu mendaftar dengan wang pendahuluan serendah RM50 menerusi pemindahan secara talian, mesin pengeluaran wang automatik (ATM), kad kredit atau mesin deposit tunai (CDM). Hasil serbuan ke atas rumah pertaruhan di Lembah Klang baru-baru ini, sindiket itu kini cuba menarik pelanggan secara dalam talian menerusi laman media sosial popular seperti Facebook dan Twitter.
Malah beberapa remaja berpusu-pusu ke pusat Interent sebagai sebahagian daripada peningkatan trend laman web tersebut yang membenarkan sesiapa saja berusia 18 tahun ke atas untuk menjadi ahli. Sehingga 90% pertaruhan melibatkan bola sepak terutamanya saingan Liga Perdana Inggeris. Namun pertaruhan turut terbuka kepada acara hiburan terkemuka.
Sebagai contoh, dalam pertandingan American Idol, peserta Philip Philips (1.83) adalah bookie pilihan untuk menewaskan Jessica Sanchez (2.85) dan Joshua Ledet (4.50) untuk memenangi final tahun ini. Bidaan RM100 untuk Ledet - peserta underdog- akan membawa pulangan sebanyak RM350 jika penyanyi itu meraih gelaran juara. Taruhan yang ditawarkan laman web ini adalah secara bermusim dan mengikut trend popular.
Salah satu taruhan lain terhangat adalah pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) di antara calon pilihan Barack Obama (1.35) untuk mengekalkan tempat di White House dengan pencabar terdekatnya, Mitt Romney. Dengan khabar angin yang mengatakan bahawa pilihan raya umum di Malaysia semakin hampir, beberapa pelanggan menjangka laman web tersebut turut menawarkan pertaruhan terhadap perkara itu.
Sama ada ahli-ahlinya boleh berdepan masalah dalam perjudian secara online, salah satu daripada laman web tersebut menyatakan bahawa sesetengah bidang kuasa undang-undang tidak memaklumkan kelulusannya. Laman web itu mengelakkan daripada sebarang implikasi undang-undang dengan menyatakan bahawa ahli-ahlinya harus bertanggungjawab dalam menentukan sama ada pertaruhan secara talian adalah sah di negara ini.
Beberapa laman web bagaimanapun, mengumpan pelanggan dengan mengatakan bahawa pihak berkuasa tidak boleh mengambil sebarang tindakan kerana mereka beroperasi dari luar negara. Malah sebuah laman web turut mendakwa bahawa pelanggan tidak perlu bimbang apabila berjudi secara dalam talian kerana penguatkuasaan yang lemah gagal mengesan sindiket antarabangsa. - mStar
GR kata: Inilah kejayaan negeri Selangor yang dibanggakan oleh Pakatan Haprak..!!
No comments:
Post a Comment