Tuesday, May 29, 2012

PANAS: INI BUAT ANWAR & THE GENG MEROYAN LAGI!! #HBN2012 #BeeAntBlues


Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan selama lima hari dan berakhir pada Ahad, mencatatkan seramai 2.4 juta pengunjung, setakat di kawasan penganjuran utamanya, di laluan sepanjang enam kilometer Persiaran Perdana di sini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Beliau berkata jumlah itu didapati dari dua sumber iaitu kenderaan yang masuk ke kawasan program itu yang mencatat 1.1 juta pengunjung daripada 296,795 kenderaan, dan jumlah kunjungan ke segmen-segmen yang disediakan yang mencatatkan 1.3 juta pengunjung. Jumlah itu ialah dapatan kasar yang disediakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM). Jumlah keseluruhan yang hadir 2.4 juta pengunjung.

Bagaimanapun, katanya, jumlah sebenar akan diketahui setelah laporan terperinci mengenai program itu siap, dijangka dalam tempoh sebulan, yang turut akan mengambil kira jumlah pengunjung ke acara-acara yang diadakan selain di lokasi laluan utama, termasuk Pertandingan Memancing yang diadakan di Pusat Rekreasi Air, Presint 13, dan perlumbaan drag di Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19.

"Bagi saya bukan saja dari segi jumlah pengunjung tapi dalam semua aspek kami amat berbesar hati dan sukacita mengatakan matlamat Himpunan Jutaan Belia pada tahun ini tercapai dengan baiknya," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Ahmad Shabery berkata laporan penuh mengenai program itu juga akan digabungkan dengan laporan dari agensi-agensi lain, bagi memastikan ia dilakukan secara menyeluruh kerana akan membantu dalam penajaan untuk penganjuran program pada masa akan datang.

Beliau berkata laporan penuh itu nanti akan turut melihat impak himpunan itu terhadap golongan belia, termasuk dalam memperkasa golongan belia itu sendiri di samping meningkatkan nilai kreativiti, perpaduan, keupayaan berorganisasi, kepimipinan dan nilai jati diri, serta impak lain termasuk dari segi ekonomi.

Perbelanjaan purata pengunjung pada program itu turut akan dilihat dalam menafsirkan kesan gandaan daripada pelaburan yang dibuat oleh pihak swasta dan kerajaan, sekaligus menafikan dakwaan bahawa program itu hanya pembaziran, katanya.

Ahmad Shabery berkata penganjuran acara untuk tahun ketiga itu juga mendapat perhatian pengunjung antarabangsa dari Jepun, Indonesia, Filipina dan Singapura, yang turut menyertai acara-acara yang diadakan seperti Redah 4x4, Jet Ski, dan melihat persembahan artis-artis dari negara mereka.

Beliau berkata himpunan itu turut merekodkan dua catatan dalam Malaysia Book of Records iaitu Star Gazing dengan 153 teleskop dan Mencanting Batik Terpanjang - sepanjang 263.3 meter. Himpunan itu menarik seramai 1,800 peniaga serta pemamer, 2,009 buah khemah didirikan dan 16 trak makanan bergerak terlibat pada himpunan itu.

Jumlah penajaan yang diterima adalah sebanyak RM27 juta, dalam bentuk tunai dan penganjuran program, melebihi sasaran sebanyak RM25 juta, manakala sebanyak 50 agensi kerajaan, 70 badan bukan kerajaan (NGO) dan 264 pihak swasta turut menyertai program tersebut, katanya.

Ditanya mengenai sasaran untuk tahun hadapan, Ahmad Shabery berkata ia belum ditetapkan secara khusus, namun ia mestilah lebih baik daripada penganjuran pada tahun ini. - BERNAMA




GR kata: Kenapa sambutan Hari Belia di Selangor 'ramai' sangat yang datang yer?? He he he

No comments:

Post a Comment