Sunday, May 6, 2012
PANAS: HADI AWANG MABUK..? PAS OK JER..??
Ramai yang keliru terutama umat Islam sendiri dengan pendirian terbaru PAS melalui Presiden serban besarnya Hj.Hadi Awang yang berkata, Pakatan Pembangkang akan pinda Perlembagaan negara kepada Islam sebagai ad-din, iaitu merangkumi seluruh kehidupan manusia, jika dipilih sebagai kerajaan pada PRU akan datang.
Yang menghairankan, dulu kata nak Negara Islam, bermati-matian kata nak pemerintahan Islam, lepas tu kata tiada dalam al-Quran pula dan kemudian tukar pula kepada Negara kebajikan. Kini katanya, PAS bercadang pula membuat perubahan kepada Perlembagaan Persekutuan yang hanya meletakkan Islam sebagai agama rasmi (religion) menjadi Islam sebagai Addin, satu cara hidup yang lengkap, sekiranya diberi mandat oleh rakyat pada pilihanraya umum akan datang.
Tahniah kepada Hadi Awang yang baru tersedar bahawa perjuangannya selama ini tidak betul dan mengelirukan rakyat negara ini. Jelas sekali Hadi sudah hilang arah perjuangan asalnya sejak sekian lama apatah lagi kini beliau berhadapan desakan yang dibuat oleh sekutu rapatnya DAP dan PKR. Ramai yang melihat tindakan Hadi ini, sebagai cakap tidak serupa bikin ekoran sentiasa cuba mengubah konsep perjuangannya dan parti sejak dahulu.
Sebenarnya apa yang Hadi tidak sedar lagi, bahawa negara di bawah pimpinan Barisan Nasional dan apa yang BN laksanakan selama ini sudah Ad-din mengikut kehendak Islam, cuma Hadi Awang sahaja yang baru tersedar sebab beliau adalah seorang tua yang keliru macam orang mabok, atau memang sudah mabok, tak sabar-sabar nak ke Puterajaya....
GR kata: Ini bukan mabuk, inilah dah syok sendiri. Pendirian tak tetap macam mana nak memimpin negara??
No comments:
Post a Comment