Thursday, May 3, 2012

KENAPA PEGUAM NEGARA DAN MENTERI TERBABIT DIAM MEMBISU? NAK LEPAS TANGAN KER?? #Bersih



Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0 telah pun berlalu dengan memberi kesan yang buruk pada negara. Kesan yang membawa imej yang buruk pada negara di mata dunia. Kerugian yang ditimpa juga pada mereka yang terlibat secara tidak langsung contoh kerosakan harta benda awam, kerosakan premis perniagaan mereka dan bermaca-macam lagi.

Yang terbaru Bersih 3.0 memberi impak yang sangat buruk kerana pada permulaannya pihak penganjur mengatakan perhimpunan diadakan secara aman yakni DUDUK dan BANTAH tapi apa yang terjadi keganasan yang melampau berlaku. Rusuhan yang kita tengok seperti manusia yang tidak bertamadun. Perusuh yang pada dasarnya memulakan provokasi pada pihak PDRM dan keganasan berlaku selepas itu. Pihak Polis dibelasah dengan teruk, harta benda Polis seperti kereta dan motor turut dipecahkan. Di manakah moral sebagai rakyat Malaysia...??

Apa yang GR pelik di sini, setiap perhimpunan yang diadakan oleh Bersih ini tidak pernah diambil sebarang oleh pihak Kerajaan. Kenapa pihak kerajaan berdiam diri?? Apakah fungsi peguam negara, kenapa perlu lepas tangan?? Menteri-menteri yang bertanggungjawab menjaga keamanan negara dan juga undang-undang diam membisu?? Sudah berkali-kali berlaku keganasan seperti ini masih belum ada sebarang tindakan tegas diambil terhadap penganjur. Sebab itulah penganjur Bersih perhimpunan haram ini masih bebas dan boleh sesuka hati mereka membuat onar pada negara.

Lihat video di bawah layan Polis pada pendemo Bersih 2.0 :



Apa lagi yang boleh kita katakan, layanan yang baik diberikan oleh pihak Polis kepada pendemo ini. Dari segi tempat sementara untuk mereka, memberi makan kepada mereka, menghantar mereka pulang dan lain-lain lagi. Tapi apa yang terjadi pada Bersih 3.0 yang lepas, pihak Kerajaan tidak seharusnya memandang perkara ini sebagai remeh. Sekarang mereka sudah berani bertindak ganas kepada pihak Polis apatah lagi pada masa akan datang.

GR mohon agar pihak Peguam Negara dan Menteri-menteri yang bertanggungjawab mengambil tindakan segera pada penganjur dan pendemo Bersih yang terlibat. Ambil tindakan yang berat kepada mereka ini agar menjadi teladan pada rakyat Malaysia. Jangan dibiarkan individu yang ingin merosakan imej negara bebas diluar sana....Bertindaklah segera jangan terlambat....!!!


GR kata: Kalau Peguam Negara dan Menteri-menteri bertanggungjawab tidak boleh lagi memikul tanggungjawab yang diberikan...harap BERUNDUR sajalah dari jawatan yang disandang!!!

No comments:

Post a Comment