Sunday, May 20, 2012
HOT STORY: ADIK-ADIK DAN IBU BAPA DI UTARA TERHARU DAN SAYU? #JDAB2012 @datosahol
Pada hari Jumaat lepas, Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB) meneruskan siri jelajah ke negeri Kedah dan Perlis. Pelajar lepasan SPM di Utara cukup bertuah kerana Dato Prof Ir Dr. Sahol Abd Hamid selaku Naib Canselor UiTM sendiri turun padang dan telah MELULUSKAN rayuan yang dibuat oleh para pelajar serta-merta berdasarkan syarat yang telah ditetapkan.
Lokasi Pertama di Kedah ialah di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bakar Bata, Alor Setar. Program ini telah dihadiri hampir 200 orang penduduk setempat. Program ini telah dihadiri oleh Ketua UMNO bahagian Alor Setar, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.
Seramai 29 lepasan SPM yang membuat rayuan untuk memasuki UiTM telah diluluskan serta-merta oleh Dato' Sahol yang disaksaikan sendiri oleh YB Dato Ahmad Bashah (ADUN Bakar Bata). Sebaik sahaja selesai menemui lepasan SPM di Bakar Bata, Skuad JDAB terus ke Pasar Nelayan Kubang Rotan, Kuala Kedah.
Selanjutnya KLIK DI SINI
GR kata: Tahniah kepada penganjur kerana program ini mendapat tempat dihati rakyat sekaligus dapat membantu adik-adik lepasan SPM melanjutkan pelajaran mereka demi masa depan yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment