Thursday, May 31, 2012

ALAHAI POK NIK..NEGERI KEBAJIKAN APA MACAM NI?? #PRtipu


PAS minta derma bina lebuh raya Kota Bharu. Apa cite ni?? Tak sudah-sudah bebankan rakyat Kelate lagi ker Pok Nik??

Kerajaan Pas Kelantan meminta rakyat negeri ini tampil menghulurkan derma bagi membantu pembinaan lebuh raya rakyat yg menghubungkan bandar Kota Bharu dan Kuala Krai.

Menteri Besarnya, Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau berharap rakyat Kelantan khususnya bersama-sama kerajaan negeri bergotong-royong merealisasikan pembinaan lebuh raya itu. Katanya, setiap derma yg dihulurkan bakal memberi manfaat yg besar di samping memperoleh ganjaran pahala.


"Tidak kisahlah hendak menderma berapa pun, RM10, RM100 atau RM1,000 dan saya sendiri telah menderma RM5,000," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai di sini hari ini.

Pada majlis tersebut beberapa badan korporat dan syarikat swasta di negeri ini turut tampil memberikan sumbangan bagi pembinaan lebuh raya berkenaan. Nik Aziz menambah, konsep gotong-royong itu sememangnya sudah lama diamalkan dan ia merupakan salah satu konsep yg sangat baik.

Ujarnya, kebanyakan masjid dan surau di Kelantan juga dibina hasil gotong-royong dan derma orang ramai. "Mereka yakin sumbangan dan gotong royong itu bakal digantikan dengan pahala yang besar," katanya.

Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 73 kilometer (km) yang bakal menghubungkan kedua2 bandar itu dijangka menelan kos sebanyak RM1.8 billion. Pembinaannya dijangka siap dalam tempoh tiga tahun sekali gus bakal menyelesaikan masalah lalu lintas di negeri ini terutama pada musim perayaan.


GR kata: Bergotong-royong ker menyusahkan rakyat?? Mana kebajikan yang diwar-warkan sebelum ni wahai Pok Nik dan Pok Hadi Awang??

No comments:

Post a Comment