Tuesday, April 17, 2012

PRIHATIN: SIKAP INILAH YANG PERLU DICONTOHI ANAK MUDA!! @ZambryAbdKadir @azwanbro @Khairykj


Pada hari Sabtu yang lepas, Pelancaran Jentera Pemuda dan Puteri Negeri Perak telah dilancarkan di rumah MB Perak. Dalam pada itu, ada perkara yang tidak diingini berlaku, ternyata ajal maut itu ditangan Tuhan, betul tak??

Salah seorang ahli Pemuda negeri Perak telah terlibat dalam kemalangan dan maut ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri majlis pelancaran jentera tersebut. Apa yang menarik perhatian GR, Ketua Pemuda Negeri Sdr Azwan segera ke tempat kejadian selepas dimaklumkan kepada beliau. Lihat gambar di atas...Inilah contoh yang baik patut dicontohi oleh semua golongan anak muda, tidak kira kita sebagai pemimpin atau pun rakyat biasa tolong-menolong adalah amalan kita.


Ini adalah kenyataan rasmi Sdr Khairul Azwan selaku Pengerusi Pemuda BN Negeri Perak :
Saya mewakili seluruh ahli Pemuda BN Negeri Perak mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Meor Maffuz Meor Abdullah Sani yang berasal dari Lenggong di atas kemalangan mengejut di lebuhraya berhampiran tol Kuala Kangsar ketika perjalanan pulang dari pelancaran "BN Pilihan Orang Muda" di kediaman MB Perak.

Allahyarham adalah seorang yang aktif dan komited di dalam setiap program- programkemasyrakatan. Pemuda Negeri akan menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi meringankan beban keluarga allahyarham.

Saya juga ingin menyampaikan salam takziah daripada YAB MB Perak dan YB sdr Khairy Jamaluddin, KP UMNO Malaysia di atas insiden ini. Sesunguhnya takdir ini tidak akan mematahkan semangat pemuda untuk meneruskan perjuangan barisan nasional. Pemuda BN mengiktiraf segala jasa dan bakti allahyarham dan menganggap beliau adalah seorang wira Pemuda Perak.

Semoga roh nya dicucuri rahmat...AL-FATIHAH

Khairul Azwan Harun,
Pengerusi Pemuda BN Negeri.





Baca juga DI SINI


GR kata: Salam takziah kepada keluarga mangsa...Al-Fatihah. Terima kasih kepada KP Negeri kerana prihatin membantu rakyat!!

No comments:

Post a Comment