Wednesday, April 4, 2012

PEMIMPIN WANITA MUDA & KEPIMPINAN TAULADAN HARUS KEKAL DALAM KABINET @Rosnah_ARS cc: @NajibRazak

Seperti yang kita semua sedia maklum, Piliharaya Umum ke 13 semakin hampir dan sudah terasa bahangnya. Semua ahli parti baik UMNO dan juga komponen BN sedang sibuk mempersiapkan jentera untuk mereka ini betul-betul mantap untuk berjuang habis-habisan demi mempertahankan agama, bangsa dan negara dan seterusnya dapat berkhidmat untuk rakyat dan demi kesejahteraan negara.

Kepimpinan orang muda harus dikekalkan dalam kabinet kerana ia boleh memberi impak dan tauladan kepada generasi baru yang sekarang ini mereka rata-rata mempunyai keinginan dan idea yang bernas demi pembangunan yang pesat untuk negara. Rata-rata orang muda sekarang mereka ingin bebas bersuara tetapi tidak tahu di manakah saluran yang perlu mereka pergi untuk menyalurkan idea atau pun pendapat mereka.

Justeru itu, saranan baru yang dibawa oleh Presiden UMNO, YAB DS Najib Razak iaitu ‘WINABLE CANDIDATE’ adalah sangat tepat di mana calon yang bakal ditengahkan mestilah disenangi oleh ahli parti dan yang lebih penting disenangi dan diterima baik oleh rakyat itu sendiri. Ini adalah kerana calon yang bakal ditengahkan perlulah datangnya anak jati Parlimen atau DUN itu sendiri kerana dia boleh memahami apa yang sebenarnya kehendak yang diingini oleh rakyat.


Dalam konteks pemilihan calon untuk PRU 13 pula, kemampuan pemimpin muda dalam mentadbir telah terbukti baik di dalam parti UMNO, juga dilihat dalam kabinet Kerajaan Barisan Nasional. Di peringkat pengundi baru, mereka dilihat lebih mesra kerana kehendak pengundi muda dan pemimpin muda adalah sama.

Pemimpin wanita muda yang GR maksudkan ialah YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin selaku Ketua Puteri UMNO Malaysia merangkap Timb. Menteri Kesihatan Malaysia adalah contoh yang terbaik harus dikekalkan kerana ia memberi tauladan kepada pengundi baru rata-rata mereka ini ramainya dikalangan orang muda ingin melihat pendekatan yang segar dan agresif antara faktor pendorong orang muda mengundi UMNO.

Perjuangan beliau di dalam UMNO dan juga berkhidmat untuk masyarakat khususnya di kawasan beliau boleh dijadikan tauladan kepada golongan orang muda dengan sikap beliau yang cepat mesra dan tidak menghadkan cara pergaulan dengan mereka. Beliau telah membuktikan orang muda juga boleh memimpin asalkan diberikan peluang tanpa mengira usia apa yang penting ialah kejayaan yang dibawa pada parti.

Oleh itu diperingkat UMNO bahagian seharusnya mengekalkan calon pemimpin muda seperti ini. Dengan trade record yang baik dan disenangi oleh semua lapisan masyarakat, YB Datuk Rosnah harus dikekalkan sebagai calon pemimpin di kawasan beliau. Oleh sebab itu, tidak ada sebab yang munasabah Ketua UMNO Bahagian berdolak dalih menonjolkan kroni atau suku sakat sedangkan pemimpin muda sebelum ini sangat hebat bekerja untuk parti dan rakyat.

Baca juga DI SINI dan DI SINI


GR kata: Pemimpin wanita muda harus dikekalkan kerana sudah terbukti kepimpinan mereka memimpin anak muda....

No comments:

Post a Comment