Wednesday, April 11, 2012
MAHASISWA, WAKIL NGO DAN PTPTN BERBINCANG MENCARI PENYELESAIAN - #mejabulatptptn
Pentas rundingan Meja Bulat telah pun bermula hari ini. Bertempat di Vistana Hotel Kuala Lumpur mereka berkumpul untuk membincangkan isu yang sedang hangat diperkatakan iaitu PTPTN. Mereka yang hadir mewakili universiti mereka dan gabungan pelajar bagi membawa pandangan serta suara yang ingin mereka ketengahkan bagi menyelesaikan isu yang sedang hangat ini.
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di bawah Biro IPT mengambil suatu pendekatan bagi memudahkan mahasiswa menyuarakan pendapat dan pandangan mereka mengenai isu ini. Mereka telah memberikan pandangan yang bernas bagi menambahbaikkan sistem PTPTN ini demi membantu mahasiswa dapat belajar dengan baik di IPTA & IPTS.
Antara isu baik dan harus diberi perhatian sewajarnya adalah cara atau kaedah pembayaran balik mengikut kemampuan si peminjam. Contoh cadangan dengan mengikut skala gaji yang diterima, melalui pemotongan gaji mengikut berapa jumlah gaji yang diterima si peminjam dapat menyelesaikan jumlah pinjaman tanpa menggangu gaji yang diterima bulanan.
GR kata: Jika ada sebarang pertanyaan dan pandangan boleh utarakan di Twitter @MejaBulat_PTPTN dan hastag #mejabulatptptn
No comments:
Post a Comment